Recent Post

Friday, September 02, 2016

Polis nafi viral UFO berlegar di Kuala Krai


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Polis menafikan kononnya terdapat objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang angkasa Kuala Krai seperti yang diviralkan menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Abdullah Roning berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk kawasan berkenaan berhubung kejadian tersebut.

"Video itu disebarkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui sebabnya," kata beliau ketika dihubungi di Kota Bahru.

Selain penyebaran video berdurasi 1 minit 25 saat menerusi media sosial itu, ia turut mengaitkan maklumat itu kononnya daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), dengan meletakkan perkataan "BERNAMA".

Berita yang diviralkan itu menyebut: "Penduduk Kuala Krai Kelantan dikejutkan dengan objek dipercayai UFO berlegar-legar di ruang angkasa berhampiran pusat cembong batu nang.

"Kejadian disaksikan dengan jelas oleh penduduk kampung selama beberapa minit sebelum objek tersebut hilang meninggalkan kawasan tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian berlaku. BERNAMA."

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *