Recent Post

Saturday, September 03, 2016

Tiada ahli PAS ikut jejak Husam, kata Abdul Hadi


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan setakat hari ini tiada ahli Pas yang mengikuti jejak langkah Adun Salor, Datuk Husam Musa ke dalam Parti Amanah Negara (AMANAH).

Pada masa yang sama, beliau yang juga ahli parlimen Marang meminta mereka yang mempunyai masalah dengan Pas agar meninggalkan parti itu.

"Ahli Pas tetap dengan Pas. Setakat ini tiada (ikut Husam). Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar daripada Pas, senang sahaja...Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah," katanya, memetik laporan Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Asrama Baharu Banin (Putera) di Kompleks Maahad Darul Quran, di Rusila.

Pada malam 30 Ogos yang lalu, Husam yang merupakan bekas naib presiden PAS sah menyertai AMANAH selepas mengumumkannya di sebuah majlis makan malam di Cyberjaya.

Walaupun tidak begitu mengejutkan pengumuman rasmi penyertaan Husam dalam AMANAH dinanti kerana sebelum ini pembabitannya dengan parti serpihan PAS itu sekadar khabar angin saja.

Mengulas lanjut, ujar Abdul Hadi, pihaknya tidak boleh menghalang keputusan Husam untuk menyertai AMANAH kerana ia adalah keputusannya sendiri.

"Itu terpulang (kepada keputusan) masing-masing, dia nak masuk parti apa, negara kita (negara) demokrasi. Tidak mahu masuk parti…masuk parti, atas pagar…terpulang pada dia (Husam), kita tidak boleh paksa.

"(Pas Kelantan) tidak akan tergugat. InsyaAllah makin teguh," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar Husam kerana menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menggangap lebih ramai akan mengikuti jejaknya menyertai Amanah jika Allahyarham masih hidup.

"Yang tahu benda akan datang ini Tuhan sahaja, dia (Tok Guru) dah meninggal dunia, orang meninggal dunia ini dengan karamahnya yang terdahulu, akan datang orang lain pula. Itu kenyataan yang jahil agama," katanya.

Abdul Hadi berkata, Allahyarham Nik Aziz sudah meninggal dunia dan berharap Allah menerima semua amalan dan mengampuni segala dosanya kerana setiap manusia ada amalan baik dan ada dosa kecuali nabi-nabi.

"(Semoga) Semua amalan-amalan Tok Guru diterima dengan sempurna, semua kesilapannya diampunkan Allah Taala, (dan) Allah tinggikan martabat dia di sisi Allah Taala," katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa hubungan beliau lebih rapat dengan Allahyarham Nik Aziz berbanding Husam.

"Saya lebih rapat daripada Tok Guru daripada dia (Husam)… kalau tidak percaya dengar kaset Tok Guru, apa Tok Guru komen tentang saya. (Hubungan) saya lebih rapat dan lebih lama daripada dia (Husam) lagi," katanya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *