Recent Post

Monday, October 10, 2016

Amir Juara Akademi Fantasia 2016


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Maka tepatlah ramalan ramalan Budiey, juara Akademi Fantasia pada tahun ini milik Amir (AF2016) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Shah Alam semalam. Tahniah Budiey ucapkan buat Amir.

Semasa sidang media, Budiey tak sempat menemubual Amir, tapi tak pe, Budiey akan bertemu Amir di masa akan datang. Peserta dari Selangor, Amir Syazwan Masdi mengatakan beliau tidak sangka dapat menang kerana beliau sebenarnya seorang yang pemalu dan segan untuk menyertai pertandingan nyanyian.

AMIR

Budiey juga nak ucapkan tahniah buat pemenang Mohamad Ammal Shafiq Osman (Amal) pula muncul naib juara, Kareshma Martin John Patrick (Reshma) di tempat ketiga, Nurfarrah Izzatie Johari (Ara) akur di tangga keempat manakala Nur Hafizah Longkip @ Thomas (Afi) berpuas hati menduduki tempat kelima.

Menerusi kemenangan itu, Amir, 20, yang turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Fantasi D Herbs menerima wang tunai RM50,000, trofi AF2016 dan kredit membeli-belah sebanyak RM5,000. Amal pula membawa pulang RM20,000, trofi AF2016 dan kredit membeli belah RM4,000 manakala Reshma di tangga ketiga menerima RM15,000, trofi AF2016 dan kredit membeli-belah RM3,000.

Ara di tempat keempat menerima RM10,000, trofi AF2016 dan kredit membeli-belah RM2,000. Sementara itu, Afi yang berada di tempat kelima membawa pulang hadiah RM5,000, trofi dan juga kredit membeli-belah RM2,000.

Amir Juara Akademi Fantasia 2016

Pada konsert akhir, semua pelajar diberikan dua tugasan dengan menyampaikan sebuah lagu penyanyi lain dan satu lagu baharu masing-masing. Selaku juara, Amir tampil dengan lagu Romantis nyanyian asal kumpulan Spring dan lagu baharu Pemilik Cinta.

Amal pula mempersembahkan lagu Bukan Diriku nyanyian asal Samson dan lagu baharu, Aku Kejar. Reshma di tempat ketiga menyampaikan lagu baharu berjudul Sagang Jadi Benci serta lagu Bad Romance yang pernah dipopularkan oleh Lady Gaga.

Sementara itu, Ara muncul dengan Camar Yang Pulang nyanyian asal Aishah dan lagu baharu Warkah Untukku manakala Afi tampil dengan lagu Teruskan dan juga lagu yang pernah dipopularkan oleh Noraniza Idris berjudul Hatinya Tak Tahan.

Kumpulan KRU, Indigo serta Pengetua AF 2016, Datuk Shake turut menghiburkan penonton untuk segmen selingan. Konsert akhir AF2016 yang mula bersiaran sejak 21 Ogos lalu menyaksikan Zizan Razak dan Alif Sattar bertindak sebagai pengacara.

Pengkritik pula dibarisi juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk AC Mizal serta juri undangan iaitu Datuk M Nasir.

Sumber: Berita Harian

Related

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *