Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
10/10/2016 11:05am
Operasi SAR dilancarkan bermula semalam melibatkan pelbagai aset.
KOTA KINABALU - Sebuah bot yang membawa 10 orang pemancing dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti memancing di perairan Pulau Mantanani dan Pulau Mengalum dekat sini pada Jumaat.
Turut berada di atas bot berkenaan ialah tiga kru bot termasuk seorang tekong.
Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zubil Mat Som berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan bermula semalam melibatkan pelbagai aset.
Katanya, antara yang terlibat ialah kapal Maritim Malaysia, KM Memmon, KD Jerung dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin dan Unit Udara Polis Diraja Malaysia.
"Bot tersebut dilaporkan keluar dari Jeti Safma di Kota Kinabalu pada pukul 10 pagi, 7 Oktober lalu dan sepatutnya balik pada 9 Oktober.
"Bagaimanapun, pemilik bot memaklumkan pihaknya telah terputus hubungan dengan bot berkenaan dengan lokasi terakhir dikesan adalah di timur laut Pulau Mantanani," katanya di sini sebentar tadi. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment