Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Kebiasaannya, selebriti popular pasti akan menggayakan pakaian yang berjenama dan mahal meskipun bukan untuk tujuan acara hiburan dan sekadar santai sahaja. Ada yang sanggup berbelanja sehingga ribuan ringgit sebulan untuk bergaya.
Namun, buat pelakon drama Lara Aishah, Nazim Othman beliau tidak begitu suka menghabiskan wangnya untuk memakai pakaian berjenama.
Kebanyakan baju yang saya pakai murah saja. Kena pandai cari dan pada masa sama cara kita menggayakan pakaian itu penting. Warna juga memainkan peranan dalam menentukan gaya saya.
Pada pendapat saya, tidak guna jika kita membeli pakaian yang mahal, tetapi nampak biasa saja apabila dipakai. Saya pernah membeli pakaian berjenama, tetapi yang tidak berjenama dan murah nampaknya lebih bertahan lama.
Tambah Nazim lagi, beliau sebenarnya udah lebih enam bulan beliau tidak membeli-belah.
Apabila berlakon, saya beli banyak baju untuk dipakai ketika penggambaran. Jadi saya fikir, buat apa perlu membazir? Pakai saja apa yang ada. Orang ingat saya suka melabur dalam pakaian, tetapi sebenarnya tidak. kalau nak tahu, saya seorang yang sangat berhati-hati dalam mengeluarkan perbelanjaan.
Nak cari duit bukan senang. Tambahan pula kita sebagai selebriti tiada caruman KWSP atau SOCSO seperti kebanyakan orang. Jadi, saya perlu berjimat.
Kami setuju dengan prinsip Nazim Othman, kadang-kadang baju pasar malam yang RM 10 pun lebih selesa dan kelihatan lebih cantik bukan? Masa depan itu penting, jadi lebih baik untuk berjimat cermat.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment