Recent Post

Thursday, October 06, 2016

Rumah dirempuh kereta, warga emas maut ketika sedang tidur


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Seorang lelaki yang sedang tidur di ruang tamu rumahnya, maut apabila sebuah pacuan empat roda merempuh kediaman lelaki itu di Permatang Pasir di Butterworth malam tadi.

Ketika kejadian pada jam 10.45 malam itu, Mat Rasid Mat Sharif, 67, tidur di sofa di ruang tamu tingkat bawah, rumah dua tingkat itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata rempuhan kereta jenis Suzuki yang dipercayai dipandu laju itu menyebabkan dinding batu bahagian bawah rumah berkenaan runtuh dan menghempap lelaki yang sedang tidur tersebut.

"Kereta dipandu lelaki berusia 53 tahun itu dilapor melanggar sebuah kereta lain sebelum merempuh rumah berkenaan," katanya hari ini.

Beliau berkata Mat Rasid yang masih bujang itu tinggal dengan beberapa anggota keluarganya di rumah berkenaan.

Mayat Mat Rasid dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan polis telah mengambil keterangan serta sampel darah pemandu kereta terbabit bagi m embantu siasatan.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *