Recent Post

Thursday, October 13, 2016

SPRM nafi pegawainya terlibat pukul anggota polis - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 13 Oktober 2016 By MAHIRAH ZAKARIA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan bahawa pegawainya terlibat di dalam klip video yang memaparkan seorang individu dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, video berdurasi 39 saat yang dipercayai berlaku di stesen minyak itu tersebar di laman sosial kononnya ia melibatkan kes penahanan anggoa polis oleh pegawai SPRM di Johor.

"Pihak SPRM telah membuat satu laporan polis di Johor Bahru dan meminta orang ramai tidak berterusan menyebarkan video tersebut kerana mampu mengelirukan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Azam, pihaknya memandang berat perbuatan segelintir pihak yang cuba untuk memburukkan imej SPRM di kaca mata masyarakat yang dilihat seolah-olah cuba untuk melagakan SPRM dan pihak polis.-13/10/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *