Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
KOTA KINABALU 17 Okt. - Tiga lagi suspek iaitu timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan, ahli perniagaan bergelar Datuk dan seorang akauntan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan salah guna dana kerajaan telah dibebaskan hari ini.
Timbalan pengarah dan ahli perniagaan tersebut yang juga abangnya dibebaskan masing-masing dengan wang jaminan RM500,000 berserta dua orang penjamin.
Akauntan tersebut pula dibebaskan dengan wang jaminan RM50,000 berserta dua penjamin.
Keputusan berkenaan dibuat oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kira-kira pukul 10 pagi ini.
Semalam, pengarah sebuah agensi kerajaan yang turut ditahan bersama ketiga-tiga suspek pada 4 Oktober lalu telah dibebaskan dengan wang jaminan RM500,000 berserta dua penjamin.-UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment