Recent Post

Monday, October 17, 2016

Cadangan gantung sekolah setahun untuk pembuli


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye berkata cadangan menggantung persekolahan selama setahun bagi pelajar yang membuli pelajar lain adalah tempoh terlalu panjang dan boleh menjurus kepada pelbagai implikasi.

Beliau sebaliknya mencadangkan tempoh penggantungan lebih pendek iaitu sekitar tiga bulan.

"Dalam masa (penggantungan) setahun ini apa yang akan berlaku kepada pelajar berkenaan? Siapa yang akan bertanggungjawab menjaga mereka?

"Saya rasa hal ini tentu akan menyusahkan ibu bapa serta mendatangkan implikasi kepada pelbagai pihak lain termasuk agensi kerajaan dan pihak berkuasa," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas cadangan itu yang dibuat oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini yang berkata tindakan tegas perlu dikenakan sebagai pengajaran terhadap pelajar yang membuli.

Mahdzir dilaporkan berkata isu buli sudah semakin serius dan perlu dibendung segera, dan cadangan penggantungan sekolah adalah langkah terbaik.

Lee seterusnya berkata isu buli dalam kalangan pelajar sekolah bukan perkara baharu dan penggantungan sekolah selama setahun yang dicadangkan menurutnya satu jalan penyelesaian yang kurang berkesan.

"Kalau kita hendak tangani isu buli ini, penggantungan sekolah bukan satu penyelesaian. Saya rasa lebih penting untuk kita perkukuhkan tahap disiplin di sekolah pada setiap masa," katanya.

Beliau berkata pelajar yang cenderung melakukan tindakan buli perlu dikenal pasti supaya mereka dapat menjalani kaunseling khas.

Lee menegaskan pihak bertanggungjawab harus mengkaji punca masalah buli di sekolah dalam usaha menangani masalah yang semakin meruncing itu.

"Kalau kita hendak mengubati sesuatu penyakit (buli), kita mesti tahu tanda-tanda (simptom) atau puncanya. Jika punca tidak dapat kita atasi, kes buli ini tidak akan dapat kita selesaikan," katanya.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *