Recent Post

Sunday, January 31, 2016

Siti Nordiana Gemar Masakkan Rayyan Ayam Sambal!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Penyanyi yang juga juara Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana akui suka memasak ayam masak sambal buat anak kesayangannya Mohamad Rayyan Nakhaie kerana ia merupakan juadah kegemaran anak tunggal kesayanganya itu.

Menurut Nana lagi, dia teruja dan gembira apabila melihat Rayyan begitu berselera apabila berpeluang menikmati setiap hidangan yang disediakan itu, lebih-lebih lagi apabila dia makan sampai licin pinggan.

"Nak masak untuk Rayyan sebenarnya tak susah. Dia pun tak cerewet sangat pasal makanan, apa yang saya masak dia akan makan janji ia adalah ayam.

"Selain ayam masak sambal, dia suka makan ayam masak kicap dan ayam goreng. Senang cerita kena ada ayam, biasalah budak-budakkan suka makan ayam," kata Siti Nordiana kepada portal Murai.com.my.

Dalam pada itu, Nana turut ditanya adakah dia akan masak setiap hari untuk anaknya itu. Dengan senyuman manis dia membalas, ia bergantung kepada jadual kerjanya.

"Sebelum memasuki pertandingan Gegar Vaganza, masa terluang itu memang banyak cuma sekarang ini agak terhad sedikit.

"Sesibuk mana pun, saya akan tetap akan cuba luangkan masa bersama dengan Rayyan. Kasihan dia selalu kena tinggal, apa-apa pun kebajikan Rayyan tetap saya jaga dari segi makan, pakai dan lain-lain, In Shaa Allah," akhiri Nana.

Artikel oleh Mohd Isharuddin Tahir

Artikel ini disiarkan pada Ahad, 31 Januari 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *