Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
31/01/2016 10:23am
Mendiang Uthaya Kumar akan dibawa ke Tanah Perkuburan dan Krematorium Cheras bagi upacara sembahyang dan pembakaran. - Gambar fail
SEPANG - Jenazah penuntut Malaysia, mendiang S. Uthaya Kumar yang terkorban dalam kemalangan di Chitradurga, Kanataka, India, Rabu lalu selamat tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.
Jenazah yang dibawa pulang menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH193 dari Lapangan Antarabangsa Bengaluru, India terus dibawa ke rumah ibu bapanya di Bandar Baru Selayang.
Jasad mendiang kemudian akan diberikan penghormatan terakhir terlebih dahulu sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan dan Krematorium Cheras bagi upacara sembahyang dan pembakaran.
Sebelum ini, mendiang dilaporkan meninggal dunia apabila motosikal yang diboncengnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas di Chitradurga, kira-kira 600 kilometer barat dari Chennai.
Uthaya Kumar merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan penuntut tahun tiga Manipal Campus India. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment