Recent Post

Monday, July 04, 2016

Amar Bahrin Berlatih Panggil Ibu Amyra Rosli “Mama”: Bakal Berkahwin Selepas Hari Raya?


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Nampaknya gosip mengenai hubungan percintaan dan perkahwinan antara Amar Baharin dan Amyra Rosli masih hangat diperkatakan.

Sebelum ini mereka dikatakan sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga pada bulan November depan.

Terbaru menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, ada sumber memberitahu pasangan ini bakal  berkahwin selepas Aidilfitri ini. Malah, Amar juga sudah berlatih memanggil ibu Amyra dengan panggilan "Mama".

Ibu Amyra dan Amar sememangnya agak rapat apatah lagi ibu Amyra turut menguruskan kerjaya seni  Amar.

Berikut antara petikan  kenyataan daripada Cik Pang :-

Kalau sudah buka mulut panggil ibu Amyra itu dengan panggilan mama sekuat hati di hadapan orang ramai, bermakna dia sudah tidak kisah kalau orang tahu yang dia memang rapat dan memang benar ibu Amyra nanti akan menjadi ibu mentuanya.

Sejauh mana kebenaran berita ini tidak kami ketahui, tetapi harapnya Amar dan Amyra boleh buat penjelasan lanjut mengenai status sebenar hubungan mereka. Iyalah,  sudah beberapa kali juga mereka dihimpit dengan gosip percintaan dan pernikahan.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *