Recent Post

Monday, July 04, 2016

Kemalangan Maut 7 Sekeluarga : Hilang Ibu, Ayah & Adik Dalam Sekelip Mata


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Gua Musang, 4 Julai: Amat memeritkan apabila melihat orang-orang yang tersayang pergi dalam sekelip mata. Sedangkan kita yang terbaca dan terdengar kisah mengenainya pun sedih, inikan pula orang yang mengalaminya sendiri.

Itulah apa yang menimpa adik Muhammad Aqil Aliuddin Mohammad Amin Firdaus, 3, apabila menjadi satu-satunya mangsa tunggal yang terselamat dalam kemalangan negeri yang mengorbankan tujuh keluarga pagi tadi.

Keluarga adik Aqil terkorban dalam kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat RKT KESEDAR Renok kira-kira 1.30 pagi tadi hari ini.

Aqil, yang turut terlibat dalam kemalangan itu, mengalami patah kaki kanan dan kini sedang dirawat di Hospital Gua Musang.

Mereka terkorban adalah Mursyida Ahmad Latfi, 29, (ibu Muhammad Aqil Aliuddin), Mohammad Amin Firdaus Zakaria, 29 (bapanya) dan Nurhana Jannati, lima bulan (adiknya).

Turut maut adalah kembar kepada Mursyida iaitu Munira dan suami Norazmi Mahat, 37, dan anak mereka, Rifqi, sebulan, dan Raidatul Syazwani Abdullah, 4.

Harian Metro melaporkan, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke kampung di Kampung Kubang Badak Kedai Lalat, Kota Bharu.

Terdahulu, ibu kepada arwah Mursyida dan Munira iaitu Radziah Abu Bakar, 57, dan ahli keluarganya melakukan pengecaman jenazah di Jabatan Forensik HGM.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa-mangsa yang terlibat.

Sungguh besar ujian yang menimpa adik Aqil Aliuddin. Kami di Siakapkeli berharap agar adik Aqil Aliuddin tabah menghadapi ketentuan Ilahi ini. - Siakapkeli.my




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *