Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Sebaik sahaja berita kereta jenis Toyota Vellfire milik Rozita Che Wan dicuri menjadi viral, ada pula pihak yang mengkritik apa yang berlaku adalah kerana sikap Che Ta yang suka menayang kemewahan beliau.
Namun, sering bersikap positif, Che Ta memberitahu beliau sedikit pun tidak kisah dengan kritikan dan hinaan netizen. Malah, beliau juga sudah biasa menghadapi komen negatif daripada mereka yang selalu mencari kesalahannya.
Biarlah mereka nak kutuk apa. Saya tidak kisah dan ambil peduli kerana mereka bukan penentu masa depan atau kehidupan saya.
Kutukan seperti ini sudah biasa saya alami dan selama ini saya jadi diri sendiri. Saya cantik pun orang kutuk, ini pula kenderaan hilang, memang macam-macam orang akan fikir dan cakap.
Lumrah hidup menjadi anak seni, setiap perkara dilakukan pasti ada pihak yang memerhati. Sama ada mereka memuji atau mengeji saya tidak kisah.
Mungkin ada yang tidak suka dengan cara Che Ta berkongsi kehidupan mewah beliau sekeluarga, tetapi ia bukan bermakna anda boleh mengutuk beliau yang kini berada didalam kesusahan. Hari ini hari Che Ta, esok kalau kita pula terkena perkara yang sama, best tak rasanya kalau kena kutuk?
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment