Recent Post

Friday, August 12, 2016

Nak lulus..luluslah…tapi jangan guna perkataan 'Bersatu' – Tengku Adnan - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 12 Ogos 2016 By MOHAMED HIEKAL

UMNO tidak setuju parti baru pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunakan perkataan ' Bersatu' pada nama parti berkenaan kerana ia boleh mengelirukan orangramai.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor merayu Pendaftar Pertubuhan (ROS) tolak perkataan 'Bersatu' pada nama yang dipohon.

Katanya," Nak lulus…luluslah ( permohonan ) parti itu tapi minta mereka jangan guna Bersatu."

Namun katanya perkataan 'Bersatu' itu adalah perkataan umum yang digunakan ramai pihak dan ia boleh mengelirukan orangramai.

Menurut Tengku Adnan beliau sendiri banyak guna perkataan ' Bersatu' dalam surat menyurat rasminya.

Beliau juga kata perkataan 'Amanah' yang diluluskan pada Parti Amanah Negara juga perkataan umum.

"Saya tidak faham kenapa ia diluluskan,"katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Khamis.

Selasa lalu Muhyiddin mengemukakan permohonan kepada ROS untuk daftar partinya atas nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau ringkasannya 'Bersatu'.

Tengku Adnan juga memberitahu setakat ini semua mesyuarat bahagian bahagian UMNO yang diadakan setakat ini berjalan lancar dan tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

"Saya memantau mesyuarat mesyuarat di seluruh negara,"katanya.

Juga katanya hal-hal berkaitan dengan UMNO Bahagian Semporna,Pagoh dan Jerlun sudah dibereskan dan tidak ada masalah.-11/8/2016 - OLEH MOHAMED HIEKAL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *