Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Tidak kira bagaimanapun situasi ekonomi, yang nyata, balik kampung pada musim perayaan adalah satu tradisi yang akan terus kekal dalam diri setiap rakyat Malaysia.
Sudah tentu, mereka yang akan melalui perjalanan balik kampung akan membuat persiapan mental dan fizikal untuk menghadapi kesesakan jalan raya.
Untuk meredakan sedikit tekanan, kami senaraikan beberapa perkara yang akan anda temui, dilakukan rakyat Malaysia ketika kesesakan lalu lintas.
1. Bunyikan hon tanpa sebab
Ini adalah kes orang yang kurang sabar. Tak tahulah kenapa nak dibunyikan hon, sedangkan kereta di hadapan memang langsung tak bergerak. Memang bingit telinga dibuatnya.
2. Aksi 'kurang sopan'
Cuba tengok orang yang berada di dalam kereta di sebelah. Mesti ada yang tengah korek hidung, korek telinga atau menguap seluas-luasnya. Tak apalah, kereta dia, kan?
3. Menonton TV
Bertuahlah mereka yang ada televisyen di dalam kereta. Lagi best kalau pasang DVD. Hilang juga bosan. Kadang-kadang, penumpang kereta di belakang pun tumpang sekaki menonton. Walaupun tak jelas, tapi bolehlah sekadar nak hilangkan bosan.
4. Mengorat
Agaknya dah bosan sangatlah tu. Terutama si jejaka yang travel beramai-ramai dalam sebuah kereta. Kalau berhenti bersebelahan kereta gadis cantik, macam-macam bunyi akan keluar. Sekejap bersiul, sekejap menyanyi lagu Sekuntum Mawar Merah. Suka hatilah, untung-untung dapat jodoh, betul tak?
5. Menari
Okey, yang ini mungkin belum ada yang buat. Tetapi di luar negara, ia adalah pemandangan biasa dalam kesesakan lalu lintas yang teruk di luar negara. Berhentikan kereta dan menarilah sepuas hati.
6. Selfie
Dalam stres kerana trafik yang tak bergerak, tiba-tiba anda terpandang monopod keluar dari kereta di hadapan. Itulah tahap obses rakyat Malaysia dengan selfie.
Sumber
Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
6 perkara biasa orang Malaysia buat bila 'traffic jam'
No comments:
Post a Comment