Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Majlis aqiqah dan sambutan hari lahir anak kepada Izreen Azminda dan Muhammad Riza Baharuddin iaitu Adrian Umar telah diadakan semalam di Casa Ombak, Jalan Damai, Kuala Lumpur.
Menurut Izreen, majlis itu dianjurkan hasil persetujuan beliau dan bekas suaminya itu sejak sebelum raya lagi. Majlis itu sebagai bukti yang tiada dendam di antara dia dan Riza.
Tetapi jika ada yang mengandaikan silaturahim yang bertaut itu sebagai alasan mereka akan merujuk atau dalam erti kata lain berkahwin semula, pengacara Mahligai Cinta di TV3 itu tidak melihat kemungkinan akan ada rasa cinta kembali terhadap Riza. Kata Izreen lagi, dia selesa menganggap Riza sebagai kawannya.
Klik gambar untuk size besar
"Memang kami tidak b ermusuh atau menjadikan alasan perceraian itu untuk berenggang. Mungkin ketika awalan perceraian kami terjadi, keadaan masih tegang dan semua itu baharu terjadi... lalu baik saya dan dia masing-masing mempunyai ego tersendiri. Ikutkan dua bulan selepas kami bercerai, kata sepakat sudah diperoleh untuk kami berbaik.
"Sebaiknya kami memilih jalan selamat dan positif. Ia untuk kepentingan anak kami juga. Saya sendiri maklumkan kepadanya, bergaduh lama pun tiada guna kerana mahu atau tidak kami perlu berurusan juga kerana nak berjumpa anak. Saya selesa dengan silaturahim ini. Malahan saya tidak bertegas dalam soal anak. Dia boleh jumpa anak bila-bila masa pun," ujar Izreen dipetik sebagai berkata.
Bertanya lanjut mengenai sambutan majlis hari lahir dan akikah anaknya itu, perbelanjaan ditanggung sama rata oleh dia dan bekas suami.
"Hari lahir anak saya jatuh pada bulan puasa lalu iaitu pada 13 Julai. Ikutkan saya pernah buat majlis akikah selepas melahirkan anak lagi. Tapi alang-alang nak buat majlis ini, kami anjur bersama. Buat dua majlis serentak. Malah majlis ini boleh umpamakan seperti rumah terbuka saya, bekas suami dan anak. Sekalipun perbelanjaan ditanggung sama rata, saya tak berkira keluarkan duit lebih kalau nak beli sesuatu pada minit akhir," jelasnya.
Mengenai anak kesayangannya itu, Izreen tahu anaknya masih kecil untuk mengetahui apa yang terjadi dengan ibu bapanya.
"Saya ini umpama ibu dan bapanya. Tapi dia tetap mempunyai bapanya. Cuma dalam menjaga dan mendidiknya, saya mengambil pendekatan untuk bertegas dengan anak. Riza memang banyak berlembut dengan anak. Jadi saya rasa adil untuk saya tegas supaya anak tak 'naik lemak' dan terlebih manja.
"Disebabkan itu juga anak saya ini memang selesa kalau jumpa kawan atau mana-mana lelaki. Sebab saya tegas, lalu kalau jumpa lelaki, dia memang cepat manja dan mesra. Dia memang ambil ruang bermanja ketika itu. Tapi dalam tegas saya pun tak bererti saya tak manjakan dia. Saya manjakan dia dengan cara tersendiri," katanya.
Bagaimanapun Izreen yang kini kelihatan bahagia menafikan bahawa dia sudah pun mempunyai pengganti malah turut mengakui bahawa dengan ketiadaan lelakilah hidupnya indah ketika ini namun dalam masa yang sama tidak menolak kehadiran lelaki di dalam hidupnya.
"Saya tidak mahu terus mengenang memori lalu. Biarlah ia tersimpan rapi dalam lipatan sejarah. Cukup saya cakap kini diri ini sangat bahagia dan gembira. Saya ada anak dan keluarga di belakang. Malah kini selain anak, ibu dan adik saya juga tinggal sekali di rumah. Alhamdulillah rezeki saya juga bertambah dan murah. Rezeki anak juga.
"Ikutkan tak ada sebab tertentu pun kenapa orang lihat saya semakin bahagia. Mungkin juga kerjaya saya berjalan dengan lancar tahun ini. Saya memang sangat bahagia... sangat bahagia. Kehidupan saya kini sangat positif. Sekalipun ada isu negatif dan perkara yang tak enak singgah dalam diri. Saya sudah lali sebegitu.
"Oh tidak... tak benar sama sekali kalau ada yang menyifatkan kebahagiaan dan kegembiraan maksima ini kerana kehadiran seorang lelaki. Tapi saya boleh tegaskan kerana tidak ada lelakilah kehidupan saya cukup indah kini. Tapi itu tak bererti saya sudah berputus asa untuk mengenali insa n bernama kekasih yang boleh dijadikan bakal suami," jawabnya.
Untuk rekod, Izreen berkahwin dengan Riza pada 30 Ogos 2012 dan bercerai pada 9 Jun tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia dua tahun.
Sumber: BHFoto Kredit: Izreen Azminda Instagram

No comments:
Post a Comment