Recent Post

Monday, August 03, 2015

Kenali 5 Ahli Gusti Paling Kaya Di Dunia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

5 Bintang Gusti Paling Kaya Di Dunia!


Apabila bercakap mengenai sukan gusti atau bagi yang lahir pada tahun 80an dan 90an pastinya akan mengingati WCW (World Championship Wrestling) dan WWF (World Wrestling Federation) dan ia menjadi kegemaran ramai ketika itu tidak kira muda atau tua, lelaki mahu pun wanita. Ketika itu ramai nama-nama besar bintang gusti menjadi pujaan ramai antaranya Stone Cold, The Rock, The Undertaker, Big Show, Kane dan ramai lagi. Bagaimanapun, tahukah anda sukan gusti ini telah berjaya membuatkan ramai bintang gusti ini menjadi kaya raya. Dan kali ini saya ingin menyenaraikan lima bintang gusti terkaya di dunia sehingga kini yang dipetik dari Myfirstclasslife.


5. Kurt Angle Nilai kekayaan: USD20 juta, sekitar RM76.33 juta Kurt Angle merupakan satu-satunya bintang gusti yang mempunyai latar belakang ahli gusti profesional dan pernah memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 1996 dalam kategori 'heavyweight' gusti. Selepas berjaya memenangi pingat emas tersebut, dia memulakan kerjaya sebagai bintang gusti di ECW dan NWA sebelum menyertai WWE pada tahun 1998. Kurt membuat penampilan debutnya setahun kemudian selepas menjalani latihan dan namanya melonjak dengan cepat apabila dia digelar sebagai wira Amerika. Ketika bersama WWE, Kurt juga sering membawa karakter sebagai orang jahat, yang mana dia popular dengan gerakan penamat 'ankle lock'. Dia kemudian telah berpindah menyertai TNA dan menjadi bintang gusti menerima bayaran termahal di TNA.

 4. Triple H (Paul Levesque) Nilai Kekayaan: USD25 juta, sekitar RM95.42 juta Walaupun sudah lebih dua dekad berada dalam sukan gusti ini, nama Triple H atau nama sebenarnya Paul Levesque masih lagi menjadi bintang popular dalam WWE. Walaupun dia menyertai WCW selepas itu, namun dia kembali bersama WWE . Ketika bersama WWE, dia telah menjalin hubungan cinta dan berkahwin dengan anak perempuan bos WWE, Stephanie McMahon yang mana kekal lebih 10 tahun, dan kini Triple H merupakan Ketua Pegawai Opreasi (COO) WWE dengan gaji sebanyak USD1.5 juta (RM5.73 juta) setahun.

3. John Cena Nilai kekayaan: USD35 juta, sekitar RM133.59 juta John Cena merupakan nama besar dalam dunia sukan gusti buat masa ini. John membuat penampilan pertamanya di WWE pada tahun 2002 ketika menentang Kurt Angle yang mana dia hampir menang. Selepas itu, namanya terus melonjak dan menjadi kegemaran peminat. Selain gusti, John Cena juga turut menceburi bidang lakonan antaranya "The Marine", "Legendary" dan turut membuat beberapa penampilan dalam filem. Bagaimanapun ia tidak bermakna John akan mengutamakan kerjaya lakonan kerana baginya sukan gusti adalah keutamaannya.

 2. Stone Cold (Steve Austin) Nilai kekayaan: USD45 juta, sekitar RM171.75 juta John Cena mungkin berada di puncak ketika ini di WWE, tetapi dia tidak dapat menandingi populariti Stone Cold Steve Austin yang pernah dikecapinya. Stone Cold memulakan kerjaya gustinya dengan beberapa organisasi gusti sebelum namanya melonjak naik pada tahun 1997 ketika acara King of the Ring Tournament. Selain gusti, Stone Cold juga terlibat dengan dunia lakonan, selain menjadi pengacara televisyen untuk beberapa saluran. Stone Cold 3:16 yang popular dengan 'tagline' "Hell Yeah!" bukan sahaja berjaya menaikkan namanya, malah meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada para peminat gusti. Malah, ketika tahun 1990an angka jualan barangannya sangat tidak masuk akal dan berikutan itu namanya  masih menjadi sebutan sehingga kini.

1. Dwayne "The Rock" Johnson Nilai kekayaan: USD125, sekitar RM477 juta Anda pastinya tidak terkejut apabila nama Dwyane "The Rock" Johnson berada di tangga teratas bintang gusti terkaya, malah The Rock juga tahun lalu merupakan pelakon di Hollywood yang menerima bayaran paling tinggi. The Rock mengikut jejak langkah ayahnya yang juga merupakan bintang gusti, namun dia kurang dikenali ketika itu sehinggalah dia menjadi ahli "The Nation of Domination" apabila dia sangat terkenal kerana bermulut celupar dan selepas itu namanya terus melonjak mendadak. Dari menjadi karakter jahat, dia kemudiannya bertukar karakter yang baik dan menjadi pujaan ramai dan digelar sebagai 'The People Champion'.

Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk bersara dari dunia gusti dan beralih ke dunia lakonan. Walaupun kini The Rock menjadi pelakon terkenal Hollywood dengan membintangi filem-filem blockbuster seperti francais "Fast & Furious" dan banyak lagi, namun dia juga kadang-kala membuat penampilan di WWE dari masa ke semasa.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *