Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Inilah KATA-KATA Saff Rainz Yang Buat SEMUA Pekerja Pejabat Zakat Seluruh Malaysia SENTAP 200% !!! | Permohonan maaf! Kepada semua pegawai zakat seluruh negara, aku minta maaf sebab aku dah kantoikan yang kau orang buat kerja sekadar untuk gaji sahaja.
Ye, aku tahu kau orang terpaksa mengikut prosedur, masuk jam 7 pagi, balik jam 5 petang. Start kerja semak nama-nama asnaf di laptop, main telefon kejap, lepas itu rehat, lepak di kedai-kedai dan borak kemudian naik balik. Kau orang tanpa jadual bertugas mencari asnaf, yang padahal kau orang tak cari pun. Sampai petang, kau orang punch card, lepas itu balik.
Bukan aku tak tahu, yang melenting-lenting dalam inbox itu kata tempat dia bagus bagai itu, sorry, aku tak percaya. Kau pergi la ke pejabat Zakat Negeri mana pun, kalau setakat nak minta RM300 sebulan bantuan dapur itu pun kena tunggu berbulan-bulan. Itu pun tak tahu dapat ke tidak. Tambahan pula, kalau nak minta bantuan belajar, bantuan bencana yang jumlahnya ribuan ringgit, lagi kedekut.
*Kalau kau orang nak tahu, wang untuk orang yang nak sambung belajar wajib ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat tanpa bayar balik. Bangunan Pusat Zakat dinaiktaraf bernilai jutaan ringgit menggunakan duit zakat yang sepatutnya digunakan untuk menampung atap-atap bocor rumah orang miskin, gaji-gaji pegawai tinggi dengan angka yang tidak masuk akal ye!
Aku tahu ambil zakat boleh terima gaji dari duit zakat, tetapi berpada-padalah. Sepatutnya gaji penjaga Baitulmal dibayar oleh kerajaan, bukan Baitulmal. Kau orang duduk dalam pejabat zakat yang ada aircond (bayar aircond guna duit zakat), kena sedar, jika ada bencana banjir atau apa-apa musibah, organisasi Islam antara bantuan yang paling lembab sampai ke tempat kejadian.
Dah lembab itu, ada pula prosedur bagai. Ini adalah fakta! Kau orang boleh rujuk, kebanyakkan bantuan bukan dari pusat zakat, tetapi hasil dana orang awam dan persendirian. Kau tahu organisasi apa yang datang seawal jam 12 pertama? Persatuan Kristian dan Buddhist!
Disebabkan kelembapan pusat-pusat zakat ini menyalurkan bantuan-bantuan, orang-orang bukan Islam sudah mengambil peluang dan dengan peluang ini mereka sudah berjaya membuat orang Islam tertarik dengan agama mereka serta kesannya setiap kali bencana, mesti ada orang Islam yang tukar agama.
Nampak tak kesan dia? Yang duduk di dalam pejabat zakat itu takkan tahu makna kesusahan. Sebab mereka tidak pernah masuk tempat sampah untuk mencari rezeki, tak pernah menangis kerana lapar, tak pernah makan biskut untuk sara keluarga.
No comments:
Post a Comment