Recent Post

Saturday, August 01, 2015

MAWI KONGSI PENGALAMAN KETIKA BERADA DI BUMI PALESTIN & ISRAEL


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Selama ini dia hanya mendengar cerita orang, membaca serba sedikit informasi menerusi sebaran media massa juga pernah menonton beberapa filem berkaitan Palestin akibat pergolakan.
Begitu juga, mengenai Israel yang selama ini digambarkan negara berbahaya yang boleh menimbulkan rasa takut terhadap sesiapa saja yang memasuki negara itu.
Hakikatnya, apa yang dibayangkan jauh berbeza daripada apa yang disaksikan sendiri oleh penyanyi Mawi, sepanjang 12 hari berpeluang melawati beberapa tempat di Palestin dan Israel sekaligus menjalani penggambaran dokumentari berjudul Mawi di Bumi Mikraj pada Mei lalu.
Klik gambar untuk size besar

Antara tempat yang dikunjungi seperti Tel Aviv, Hebron, Nazareth dan Jarussale m. Mawi berangkat bersama 10 kru produksi dan 45 anggota rombongan di bawah kendalian agensi pakej pelancongan Intifada Travel.
Mawi berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah mahupun kesulitan bermula daripada awal kunjungan sehingga selesai penggambaran di lokasi terpilih di kedua negara itu.
"Kita biasa dengar tentang bahaya dan bermacam lagi cerita mengenai keadaan di dua negara ini tetapi apabila saya sampai di sana, ia sebenarnya berbeza dengan apa yang sering digambarkan.

"Apa yang boleh saya katakan, tempat-tempat tersebut suasananya harmoni dan persekitarannya bersih. Bayangkan, Tel Aviv suasananya seperti di Singapura, bersih.
"Kami masuk ke negara tersebut melalui Jordan. Saya bersama 10 kru saya dan seleb ihnya adalah ahli rombongan yang hendak pergi bercuti.
"Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma, setibanya kami di sempadan Tel Aviv, kami menjalani pemeriksaan ketat dan ditahan lebih kurang tiga jam. Kami dimaklumkan kerana masalah pasport sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.

"Kalau jalan-jalan di sana, orang-orang di sana tidak terlalu menganggap kami orang asing. Mereka hanya tahu kami dari Asia.
"Ada juga yang bertanya sama kami muslim atau tidak, apabila kami jawab ya, mereka minta kami baca surah Al-Fatihah sebagai bukti kami muslim.
"Satu lagi pengalaman menarik, ketika di Tel Aviv, saya sempat pergi ke pasar malam di satu kawasan di situ. Ketika sedang berjalan-jalan saya ternampak dua anak muda remaj a yang hanya memakai seluar pendek dan baju-t tetapi apa yang mengejutkan saya mereka memengang senjata jenis M16 sedang berlegar-legar di situ.
"Rupanya memang sentiasa ada remaja yang memang seperti sudah biasa membawa senjata jenis itu di mana-mana. Agak terkejut juga saya melihatnya, mulanya saya ingat senjata permainan tetapi memang senjata sebenar. Mungkin itu cara mereka berkawal," ujar Mawi dipetik sebagai berkata.



         ________________________



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *