Recent Post

Sunday, August 09, 2015

Low juga tak setuju pegawai SPRM ditukar


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, hari ini menjadi menteri kedua menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap pertukaran pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri. Low berkata, walaupun pemindahan pegawai SPRM itu digambarkan sebagai urusan "pentadbiran", bagaimanapun ia tetap dilihat "tidak wajar".

Low berkata, kebimbangan utama beliau ialah hakikat bahawa salah seorang daripada pegawai terbabit, Datuk Bahri Mohamad Zin, mengetuai siasatan kes berprofil amat tinggi sekarang.

Bahri yang menjadi Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM sedang menyiasat syarikat SRC International yang dilapor mendepositkan RM42 juta ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Jika orang yang menyiasat mana-mana kes dipindahkan oleh pihak luar yang bukan dalam SPRM, mak a kerja-kerja siasatan mereka akan terjejas," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi. Kedua-dua Bahri dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob ditukarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke Jabatan Perdana Menteri. Low berkata, walaupun JPA mempunyai kuasa pentadbiran untuk memindahkan kedua-dua mereka, perkara itu tidak wajar. "SPRM adalah sebuah agensi bebas. Mereka sepatutnya beroperasi secara bebas.
"Jika pegawai SPRM melakukan sesuatu kesalahan, mereka boleh ditangani secara dalaman," katanya.
[Baca berita asal]



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *