Recent Post

Saturday, August 29, 2015

Malaysia Airports ambil tindakan tegas kutip tunggakan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan mengambil langkah lebih agresif untuk mendapatkan semula bayaran tertunggak daripada syarikat penerbangan.

Bayaran tertunggak itu kebanyakannya membabitkan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC), iaitu bayaran dikawal selia kerajaan yang diambil terlebih dulu oleh syarikat penerbangan daripada penumpang, yang dimasukkan dalam harga tiket yang dibayar oleh penumpang.

PSC yang akan dibayar kepada MAHB apabila penumpang menaiki pesawat mereka, digunakan untuk penyelenggaraan dan penambahbaikan berterusan terhadap kemudahan serta perkhidmatan di lapangan terbang untuk penumpang.

MAHB berkata, syarikat kini sedang mempertimbangkan langkah lebih tegas seperti mengeluarkan Surat Tuntutan dan melaksanakan hak berkanun dan remedi.

"Ia termasuk amaran di bawah Peraturan 177, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 1996 kepada syarikat penerbangan yang gagal membuat pembayaran itu yang antara lain menetapkan bahawa MAHB boleh tidak membenarkan kapal terbang berlepas dari lapangan terbang itu sehingga caj tertunggak itu dibayar," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali, berkata mengambil kira perkongsian jangka panjang dengan syarikat penerbangan, pihaknya amat bertimbang rasa dalam proses kutipan pembayaran itu.

"Banyak cara sudah dilakukan untuk menyelesaikan isu pembayaran tertunggak itu dan kami harap syarikat penerbangan terbabit akan membalasnya dengan memberi kerjasama lebih erat dalam menyelesaikan bayaran tertunggak kepada kami.

"Selain peringatan dan surat rasmi yang dihantar kepada syarikat penerbangan, kami juga mengadakan pertemuan bersemuka dengan mereka bagi menyelesaikan secara baik untuk mendapatkan bayaran tertunggak itu," katanya tetapi tidak menyatakan jumlah yang tertunggak berkenaan.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *