Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Saya selalu sebut, kuman bakteria virus dan sebagainya ini sebenarnya lebih berbahaya dari singa. Kerana apa? Kerana singa, kita nampak bahayanya. Kita boleh tangkap, kita kurung dan kita boleh lari darinya. Tetapi kuman? Kita tidak nampak ia. Ia boleh berada di sekeliling kita. Di mana-mana sahaja.
Kuman di hospital, lain berbanding kuman di luar hospital. Tak keterlaluan untuk saya katakan, hospital ini adalah lubuk kuman. Dah nama pun hospital, bukannya fun fair. Orang sihat, pergi fun fair. Mana ada orang sakit terutamanya yang tenat, pergi fun fair? Habis, orang sakit pergi mana? Ya, orang sakit, datang ke hospital. Ianya simple logik. Hospital, tempat orang sakit. Bahkan, kuman di hospital, sangat berbeza dengan kuman di luar hospital. Dalam dekad ini, semakin banyak istilah MDRO dibincangkan dan dikesan di serata dunia. MDRO adalah singkatan kepada "multiple drug resistant organism". Ia membincangkan mengenai peningkatan kuman-kuman yang semakin KEBAL kepada ubat-ubatan seperti antibiotik. Ianya khusus kepada kuman yang berada di hospital-hospital, termasuklah kawasan tertentu seperti unit rawatan rapi dan high dependency unit. Bahkan baru-baru ini sahaja kita ada bersidang, membincangkan isu ini. Rujuk gambar dibawah, antara slide yang saya kongsikan. Atas sebab itulah, kita sangat, sangat, sangat menekankan bab ini. Saya sendiri, setelah pulang dari bekerja, tidak akan menyentuh anak saya atau menciumnya selagi tidak mandi atau membersihkan diri. Pakaian kerja saya termasuklah kot putih, dibasuh berasingan dan ditambah dengan pencuci antiseptik. Allah sahaja yang tahu entah kuman apa yang melekat pada pakaian saya sepanjang saya bertugas. Kanak-kanak, tidak sama seperti orang dewasa. Sistem imun mereka lebih rendah. Kulit mereka lebih nipis, ketinggian mereka membuatkan mereka terdedah kepada udara yang tidak mengalir dengan betul, serta kesan batuk orang lain. Tambah-tambah bayi, mereka bukan tahu untuk menutup hidung atau berpaling apabila seseorang bersin. Kalaulah manusia ini dikurniakan Allah kebolehan untuk melihat kuman, nescaya hospital adalah tempat terakhir mereka akan bawa kanak-kanak kecil. Setahu saya, semua hospital ada meletakkan papan tanda bahawa kanak-kanak dibawah umur 12 tahun adalah tidak dibenarkan dibawa masuk melawat di wad hospital. Tetapi malangnya, bukan semuanya mematuhi arahan ini. Pelbagai alasan diberi. "Tak ada orang hendak menunggu.", maka kenapa tidak boleh bergilir-gilir? Tentulah, mana best masuk seorang-seorang, nanti tak tahu apa nak dibualkan. "Ala dia nak melawat atuknya yang sedang tenat.", padahal atuknya itu comfortable dengan nasal prong sahaja pun. Terkebil-kebil bayi berusia enam bulan itu. Saya, sememangnya cuba untuk bertimbang rasa. Jika ada pesakit saya yang tenat dan nazak, memang saya akan berpesan kepada guard, untuk membenarkan pelawat pesakit tersebut masuk walaupun bukan waktu melawat, untuk membaca yassin dsb. Itu pun saya akan minta bergilir-gilir agar tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada pesakit lain. Really, ignorance is a blessing. Kita mudah take it for granted, kerana kita tak nampak. Kita tak tahu. Bila anak balik dari hospital kemudian demam, kita katakan anak "terkena badi". Kita lebih mudah percaya benda mistik dan ajaib, padahal ianya berpunca dari salah kita sendiri. http://drzubaidi.com/…/bahaya-%E2%80%99badi%E2%80%99-melaw…/ Kalau dulu anda tak tahu, maka ketahuilah saya dah beritahu. Kanak-kanak, jangan dibawa ke hospital untuk tujuan melawat. Kalau anda bawa juga tanpa sebab munasabah, maka anda ibubapa yang tidak bertanggungjawab. Saya tak risau untuk berterus terang. Moga Allah mengangkat beban tanggungjawab saya. Nak bawak juga, bawalah. Berilah seribu satu alasan pun, hatta sampai nak bergocoh pun..in the end, anak awak juga. Tambahan : Obviously, penulisan saya menceritakan mengenai membawa kanak-kanak sebagai PELAWAT. Jika kanak-kanak sebagai PESAKIT, lain pula ceritanya. - MOHD SYAMIRULAH RAHIM
No comments:
Post a Comment