Recent Post

Sunday, August 23, 2015

MP, ADUN PAS Sertai GHB Tolak Cadangan Hadi Kosongkan Kerusi


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen PAS yang kini ingin melompat parti tidak perlu untuk mengosongkan kawasan yang diwakili mereka kerana perundangan mahupun perlembagaan tidak mengkehendaki untuk bertindak sedemikian. Itu apa yang dinyatakan Setiausaha Gerakan Harapan Baru (GHB), Dr Dzulkefly Ahmad.

Kenyataan tersebut dikeluarkannya susulan gesaan dari Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya ADUN mahupun MP dari PAS melepaskan kedudukan mereka seandainya ingin keluar parti.

Ujar Dr Dzulkefly, ia dilihat tidak wajar kerana seandainya cadangan tersebut dituruti, maka secara automatiknya mereka tidak boleh bertanding selama lima tahun.

Dr Dzulkefly Ahmad

Memetik kenyataannya menerusi laporan The Malaysian Insider, "Mungkin ada kewajaran untuk meneliti dan menimbang kembali perkara ini.

"Buat masa ini, sistem politik dan pilihan raya adalah tidak adil buat Adun dan ahli Parlimen yang meletak jawatan kerana mereka tidak dapat bertanding semula selama 5 tahun."

Selain itu, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut berkata, kemenangan seseorang individu juga bukanlah bergantung kepada parti semata-mata, tetapi faktor-faktor lain seperti ketokohan calon, sokongan rakyat, isu serta gelombang semasa.

Kucar-kacir dalam PAS makin memburuk setelah beberapa bahagian kepimpinan di Selangor mulai meletak jawatannya, antara yang terlibat adalah Shah Alam, Kota Raja dan Kelana Jaya.

Setakat ini, Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Hanipa Maidin (Sepang) antara MP terawal dijangka meninggalkan PAS dan menyertai parti baru yang bakal diwujudkan secara rasmi 31 Ogos depan.

Ramai pihak melihat situasi ini sebagai sesuatu yang memalukan buat individu-individu yang bertindak meninggalkan PAS kerana jelasnya mereka telah melanggar baiah ataupun ikrar yang dilakukan sebelum ini ketika masih setia dan sayangkan parti Islam itu. – MYNEWSHUB.CC

Keluar PAS Bukan Keluar Islam – PAS Kota Raja Lepas Jawatan

Komen

comments




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *