Recent Post

Monday, August 31, 2015

Perhimpunan Bersih berakhir aman, tiada peserta ditahan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Bersih 4 berakhir tengah malam tadi selepas semua peserta bersurai secara aman seperti dijanjikan.

Laungan Merdeka mengakhiri perhimpunan selama dua hari itu yang tidak dicemari sebarang kekecohan.

Ia juga mengakhiri penguasaan sekitar Dataran Merdeka sejak malam Sabtu oleh penyokong Bersih 4.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, polis menerima 27 laporan mengenai perhimpunan berkenaan sehingga jam 10.45 malam tadi dan membuka lima kertas siasatan.

Katanya, 14 daripada laporan itu dibuat pada Sabtu dan selebihnya dibuat semalam.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran Merdeka pada Ahad kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

"Situasi sehingga malam ini (Ahad) adalah terkawal walaupun terdapat peserta perhimpunan yang masih berkumpul berhampiran Dataran Merdeka.

"Pihak penganjur telah berjanji akan bersurai menjelangnya ambang Merdeka teng ah malam dan tidak akan mengganggu persiapan sambutan kemerdekaan.

"Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada," ujarnya.

Tajuddin turut menjelaskan, tidak timbul sebarang isu sambutan Ambang Merdeka diubah dari Dataran Merdeka ke Bukit Jalil yang sememangnya telah dijadualkan berlangsung di situ.

Secara keseluruhan, katanya, peserta demonstrasi juga patuh pada arahan tidak merempuh masuk kawasan padang Dataran Merdeka dan tidak menimbulkan kekacauan sepanjang dua hari perhimpunan Bersih 4 diadakan.

Di Kuala Lumpur, lokasi berdekatan Dataran Merdeka menjadi pusat tumpuan terakhir peserta dengan pengisian aktiviti seperti ucapan para pemimpin dan pengerusi Bersih 2.0 serta nyanyian lagu Negaraku.

Antara kejutan perhimpunan kali ini adalah kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Hasmah Mohamad Ali sebanyak dua kali.

Perhimpunan bersih selama dua hari yang diisytiharkan haram oleh polis dianjurkan oleh kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 yang antara lain menuntut pilihan raya yang bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang telus.

Di Kuching dan Kota Kinabalu, penganjur menghentikan perhimpunan masing-masing pada tengah malam Sabtu dan tengah malam semalam.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *