Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pelawak terkenal, Rahim yang juga bekas ahli kumpulan R2 dan Sepahtu didakwa memukul isterinya setelah berlaku sedikit salah faham. Menurut laporan Harian Metro, Rahim dikatakan memukul isterinya di muka, kepada dan bahu selain turut menendang belakang badan dan punggung isterinya itu. Betul ke? Laporan polis telah dibuat Isteri Rahim bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut namun mengakui ada membuat laporan polis di Balai Sri Muda Shah Alam. Menurut laporan polis tersebut, si pengadu memberitahu dirinya dipukul akibat suaminya tidak berpuas hati apabila isterinya keluar tanpa pengetahuan. Rahim nafi pukul isteri Rahim bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Tambahnya memang ada pertengkaran antara dia dan isteri namun tidak memukul.
Memang kami ada bertengkar. Biasalah kehidupan suami isteri memang begitu, tapi saya tak pukul (isteri).
Saya pun baru tahu hal ini dan terkejut juga apabila mendengarnya. Saya rasa ini hanyalah khabar angin. Masalah di antara kami sudah pun selesai.
No comments:
Post a Comment