Recent Post

Saturday, August 15, 2015

SKMM Keluar Notis Arah Malaysiakini Tarik Artikel Palsu


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

CYBERJAYA – Jika sebelum ini sebuah portal berita propembangkang terkenal menyebarkan artikel kononnya Majlis Raja-raja Melayu menolak hukum hudud yang terbukti palsu, kali ini senario sama masih lagi berterusan.

Barang kali sudah cukup berlembut, kali ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lagi membenarkan kandungan palsu disiarkan portal berita tempatan serta dibiarkan bebas tersebar begitu sahaja.

Sebaliknya menggunakan peruntukan undang-undang, SKMM pantas mengeluarkan notis kepada portal berita propembangkang, Malaysiakini agar menarik balik laporan palsu yang disiarkan menerusi laman web tersebut.

SKMM, dalam kenyataan rasmi pada Jumaat berkata, artikel berkenaan adalah bertajuk 'Report filed against Chief Sec, PSD Head' dan 'Laporan terhadap KSN, Ketua Pengarah JPA' yang diterbitkan Malaysiakini pada Khamis.



"SKMM mendapati berita dalam dua artikel itu adalah tidak benar berdasarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah nafi wujudnya pegawai SPRM membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peruntukan Seksyen 48 Akta SPRM 2009," kata kenyataan itu.

Justeru, SKMM bertegas mengingatkan kesemua pentadbir portal berita tempatan untuk lebih bertanggungjawab dan memastikan terlebih dahulu status kesahihan sesuatu berita yang diragui sebelum ia disiarkan.

Suruhanjaya itu turut menegaskan sebarang perbuatan menghantar kandungan palsu melalui aplikasi laman sesawang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Di bawah undang-undang tersebut, ia memperuntukan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. – Mynewshub



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *