Recent Post

Saturday, August 15, 2015

Proton perkenal varian baharu, Saga Plus


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton) memperkenalkan Saga Plus, varian baharu yang dilengkapi ciri tambahan termasuk reka luaran Saga Executive pada lingkungan harga Saga SV.
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata Saga Plus diperkenalkan dengan prestasi yang mampu menggantikan varian Saga SV, menerusi lima ciri baharu tanpa kos tambahan kepada pengguna.

Katanya, ia termasuk rim aloi 14 inci, kit badan kenderaan penuh, spoiler, hiasan warna pada belakang kenderaan dan cap tanda gred 'Plus' pada kereta.

"Perkataan 'Plus' mencerminkan ciri-ciri tambahan Saga Executive dimuatkan pada model sedia ada Saga SV, bermakna tiada kenaikan harga walaupun model Saga ini dipertingkat dari segi rekaan luarannya.

"Dengan pengenalan varian baharu ini, PROTON akan mengurangkan penawaran varian dengan menghentikan pengurangan bagi varian Executive dan varian SE variants dalam usaha memberikan lebih nilai kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.

Secara purata, PROTON menjual sebanyak 3,000 unit bagi model Saga sebulan.

Abdul Harith berkata, penawaran varian baharu itu adalah usaha menjadikan Saga lebih memahami permintaan generasi dan pembeli muda untuk memiliki kereta pertama mereka.

Saga Plus yang berkuasa enjin Campro IAFM 1.3 liter, didatangkan dalam jenis transmisi manual dan CVT manakala harganya serendah RM33,242 hingga RM36,576 seunit.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *