Recent Post

Thursday, September 03, 2015

Saham kewangan, perbankan seret turun Bursa Malaysia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut hari ini, dipengaruhi penurunan saham kewangan dan perbankan, diterajui oleh Maybank.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 19.02 mata atau 1.18 peratus kepada 1,590.19, selepas bergerak antara 1,583.63 dan 1,602.6 sepanjang hari.

Indeks komposit turun 5.771 mata setelah Maybank merosot 35 sen kepada RM8.42 dengan 33.73 juta saham bertukar tangan.

Bagi saham perbankan lain, Public Bank turun 26 sen kepada RM17.74, AMMB kurang 24 sen kepada RM4.44, CIMB susut tujuh sen kepada RM4.77, manakala RHB Capital menyusut 12 sen kepada RM6.25.

Seorang peniaga berkata, sentimen pasaran ditekan laporan kurang memberangsangkan yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan yang menunjukkan kadar pertumbuhan pinjaman perlahan bagi separuh kedua tahun ini.

"Kadar perlahan berkenaan disebabkan oleh keadaan kembali normal selepas beberapa tahun mengalami pertumbuhan pinjaman pesat, melepasi pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata, sentimen turut diselubungi oleh kenaikan dalam kadar antara bank yang juga petunjuk mudah tunai yang lebih ketat dalam sistem perbankan.

Di papan skor, Indeks FBM Emas susut 94.28 mata kepada 10,864.32, Indeks FBMT100 turun 100.34 mata kepada 10,618.22, FBM Emas Syariah berkurangan 42.57 mata kepada 11,381.66, dan FBM 70 susut 10.06 mata kepada 11,576.19.

Bagaimanapun, FBM Ace naik 28.86 mata kepada 4,966.21.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan berkurangan 275.02 mata untuk berakhir pada 13,988.37, Indeks Perusahaan susut 4.56 mata kepada 3,059.26 tetapi Indeks Perladangan menokok 55.34 mata kepada 6,834.4.

Saham untung mengatasi rugi pada 379 berbanding 347, manakala 311 kaunter tidak berubah, 740 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.89 bilion unit bernilai RM2.13 bilion berbanding 2.06 bilion unit bernilai RM2.6 bilion yang diniagakan semalam.

Antara saham aktif, AirAsia menokok 5.5 sen kepada 95.5 sen, tetapi KNM menyusut setengah sen kepada 46 sen dan SapuraKencana mengurang 10 sen kepada RM1.69.

Bagi saham wajaran tinggi, TNB turun enam sen kepada RM11.12, Axiata susut 20 sen kepada RM5.91 manakala Maxis berkurangan satu sen kepada RM6.55.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 852.17 juta unit bernilai RM1.77 bilion berbanding 1.09 bilion unit bernilai RM2.3 bilion semalam.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan menyusut kepada 141.63 juta saham bernilai RM27.78 juta daripada 216.24 juta saham bernilai RM33.46 juta sebelumnya.

Waran meningkat kepada 893.05 juta unit bernilai RM327.98 juta berbanding 751.55 juta unit bernilai RM268.53 juta semalam.

Barangan pengguna menguasai 51.05 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (144.7 juta), pembinaan (32.01 juta), dagangan dan perkhidmatan (395.13 juta), teknologi (35.82 juta), infrastruktur (22.23 juta), SPAC (7.26 juta), kewangan (77.7 juta), hotel (1.37 juta), hartanah (61.44 juta), perladangan (16.95 juta), perlombongan (tiada), REIT (6.44 juta), dan tertutup/dana (67,100).

- BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *