Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
TURKI - Sayu hati melihat mayat seorang kanak-kanak Syria terdampar di tepi pantai Turki yang dipercayai antara 12 pelarian Syria yang dilaporkan lemas setelah bot mereka karam dipukul ombak. Gambar seorang kanak-kanak kecil dengan wajahnya tertiarap di sebuah resort utama pelancong di Turki, menunjukkan betapa terdesaknya mereka sehingga sanggup mengambil risiko demi mencari kehidupan baru di negara Eropah. Berpakaian t-shirt merah dan seluar biru, mangsa, Aylan Kurdi, 3, dari bandar Kurdish-Syrian, Kobani, dipercayai antara 12 pelarian Syria yang cuba memasuki negara Greece, namun lemas apabila bot mereka karam. Mayat abangnya, Galip, 5, juga ditemui tidak beberapa jauh dari lokasi yang sama.
No comments:
Post a Comment