Recent Post

Thursday, September 03, 2015

Video: Wanita Mengamuk Barang Jualan Dirampas Penguatkuasa


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

VIDEO seorang wanita yang mengamuk akibat tindakan pihak berkuasa yang merampas barangan-barangan jualannya mencetuskan kekecohan di media sosial.

Menerusi video yang kini giat diperkongsikan, wanita tersebut melepaskan geramnya dengan menjerit dan membaling bekas kepada perakam video berkenaan yang dipercayai diambil oleh salah seorang anggota berkenaan.

Kejadian berlaku di hadapan sebuah sekolah yang lokasinya tidak diketahui.

Semasa kejadian, wanita berkenaan bersama seorang lelaki yang dipercayai merupakan suaminya melepaskan kemarahan dengan membaling loyang kepada anggota penguatkuasa yang merampas barang-barang jualan serta perkakasan berniaga.

Wanita Meraung Barang Jualan Dirampas oleh mynewshub

Audio daripada visual tersebut jelas dapat didengar seorang pegawai penguatkuasa memberikan arahan kepada anggotanya supaya mengambil barang-barang mereka.

Sesuatu yang membuatkan hati mereka yang melihat video itu menjadi tersentuh ialah apabila kejadian itu dilihat oleh seorang kanak-kanak yang dipercayai anak wanita berkenaan yang turut menjerit melihat perlakuan ke atas peniaga itu.

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna Facebook memberitahu, anggota penguatkuasa bertindak selepas pihak sekolah membuat aduan kepada pihak berkuasa tentang aktiviti berniaga pasangan itu yang telah menyebabkan kawasan di hadapan sekolah kotor.-Mynewshub.cc

Oleh: hzq




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *