Recent Post

Sunday, September 27, 2015

Udara 16 kawasan tak sihat, Melaka tertinggi


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sebanyak 16 kawasan di seluruh negara mengalami indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat 6.00 petang ini dengan Bandaraya Melaka mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 134, diikuti Balok Baru, Kuantan (129), Kemaman, Terengganu (125) dan Shah Alam, Selangor (111).

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain ialah Indera Mahkota, Kuantan (110); Batu Muda, Kuala Lumpur (109), Port Dickson, Negeri Sembilan; Pelabuhan Klang dan Petaling Jaya, Selangor (108); Seremban, Negeri Sembilan (106); Kuching, Sri Aman, Sarawak dan Putrajaya (105); Bukit Rambai, Melaka dan Banting, Selangor (104); dan Nilai, Negeri Sembilan (103).

Sementara itu, 27 kawasan lagi mencatatkan IPU sederhana dan hanya lapan kawasan mencatat bacaan sihat.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *