Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
AFP melaporkan berita itu pada Ahad bahawa serpihan itu ditemui oleh Johnny Begue ketika dia keluar berjoging di tepi pantai.
Menurut agensi berita itu, Begue juga merupakan orang yang menemui "Flaperon", serpihan sayap pesawat daripada pesawat yang hilang itu, semasa membersihkan pantai pada Julai tahun lepas.
Begue berkata serpihan ini sama ringan dengan binaan sarang lebah madu sama seperti serpihan flaperon dan panjangnya kira-kira satu meter, demikian dilaporkan AFP.
Flaperon yang dijumpainya kekal satu-satunya serpihan dikenal pasti dengan kepastian daripada pesawat itu, kata AFP.
Pesawat Boeing 777 Penerbangan MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang pada awal pagi 8 Mac 2014, setelah berlepas d ari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Esok menandakan tempoh dua tahun kehilangan misteri pesawat itu meskipun usaha pencarian besar-besaran dilakukan di dasar laut di selatan Lautan Hindi oleh pihak berkuasa Australia, Malaysia dan China.-7/3/2016
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
No comments:
Post a Comment