Recent Post

Saturday, October 10, 2015

'Alhamdulillah, Jackie Chan Sudah Menjadi Muslim', Gadis Sebar Berita Palsu


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR - Seorang gadis dikesan menyebarkan berita palsu kononnya pelakon,  Dato' Jackie Chan, telah memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Abdullah Chan, di laman sosial 11 jam yang lalu. Izana Saiari, menyebarkan berita itu dengan memetik sumber dari BBC World. "Alhamdulillah. Jackie Chan kini sudah menjadi muslim dan bertukar nama kepada Abdullah Chan. Allahuakbar. Gambar ketika pulang mengerjakan haji," katanya memetik sumber dari BBC World. Kenyataan Izana itu mendapat perkongsian sebanyak 9,220 Share dan 74,625 Like di Facebook. Malangnya, berita yang disebarkan itu adalah tidak benar sama sekali. Gambar yang dimuat naik oleh gadis berkenaan sebenarnya adalah gambar ketika Jackie Chan melawat Dubai untuk filemnya. Di kesempatan yang ada, beliau juga telah menghadiri sebuah acara perlumbaan unta. Beliau mengambil keputusan untuk memakai jubah dan serban bagi menghormati tuan rumah.  Keghairahan menyebarkan maklumat palsu itu telah membuatkan orang ramai percaya. Netizen menegur tindakan gadis tersebut dan menyarankan berita palsu itu dibuang, malangnya sehingga kini masih tiada sebarang tindakan.  Netizen dinasihatkan berhati-hati menerima sebarang maklumat dari media sosial yang tidak disertakan dengan bukti yang kukuh. Sebaliknya menyelidik dahulu maklumat yang diterima sebelum menyebarkannya lebih jauh. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *