Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Jom kongsikannya ke laman sosial anda seperti mereka yang lain
TAHNIAH! Angah Raja Lawak Dan Amira Asyura Sah Bergelar Suami Isteri|Pelawak terkenal, Angah Raja Lawak telah selamat bernikah dengan gadis pilihan hati di kediaman pengantin perempuan bertempat di Melaka Perdana Hormes semalam.
Dengan hanya sekali lafaz, Angah sudah sah bergelar suami kepada Amira Asyura Abd Razak dan pada sama Angah telah menamatkan zaman dudanya selama beberapa tahun ini.
Majlis resepsi mereka telah diadakan di Dewan Tun Ali pada petang semalam. Majlis yang sangat meriah ini dihadiri oleh keluarga dan juga sahabat handai serta pelawak dan artis tanah air.
Ketika majlis tersebut, mereka turut mengadakan majlis merenjis dan majlis itu di acarakan oleh Nabil Ahmad. Memang cukup meriah dengan telatah bersahaja dari pengacara terkenal ini.
Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran penceramah terkemuka Ustaz Hazlin Bollywood dan juga isteri Timbalan Perdana Menteri iaitu Datin Seri Hamidah Khamis.
Jom kita lihat beberapa keping gambar sekitar majlis resepsi Angah ini yang diambil dari instagram peribadi beliau.
Wah, sangat meriah majlis resepsi Angah dan pasangannya. Ramai pelawak dan artis tanah air yang turut hadir seperti Johan, Zizan, kumpulan Bocey, Sharol Shiro dan ramai lagi.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
Jom kongsikannya ke laman sosial anda seperti mereka yang lain
No comments:
Post a Comment