Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Walaupun sudah bercerai, Datuk Eizlan Yusof, 44, mengakui masih menyayangi bekas isterinya, Vie Santie Harun, 29, dan berharap untuk kembali bersama.
Menurut Eizlan, dia ada berusaha untuk ke arah itu (kembali bersama) dan hubungannya dengan bekas isteri masih baik sehingga ke hari ini.
"Hubungan kami masih baik dan Vie juga banyak membantu dalam menjaga kebajikan anak-anak. Bahkan dia juga tidak pernah menghalang bila saya mahu bersama dengan anak-anak pada bila-bila masa.
"Anak-anak juga pada saya cukup bertuah memiliki ibu seperti Vie yang menjaga sebaik mungkin kebajikan anak-anak.
"Memang saya mengharap untuk kembali dan berusaha ke arah itu. Doa-doakan ia berjaya ," katanya ketika ditemui media ada majlis penyampaian surat tawaran pengajian kepada penggiat seni di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur.
Eizlan Vie Santie Harun mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2007 dengan hantaran RM77,777.77. Mereka kemudiannya disahkan bercerai pada bulan Februari lalu selepas hakim mendapati lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah.
Pasangan tersebut bersetuju hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie selaku ibu, manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia yang berumur a ntara dua hingga enam tahun.
Sementara itu, Eizlan yang bakal menyambung pengajian dalam program Sarjana Sains Pengurusan mod Penyelidikan di bawah Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business di Universiti Utara Malaysia menyifatkan tawaran yang diterimanya sebagai impian yang menjadi kenyataan.
Eizlan yang sebelum ini pernah menyambung pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dan Pengurusan Perniagaan berkata, ilmu akademik kini penting untuk setiap penggiat seni dan bukannya lagi sebagai satu bonus.
"Bak kata Ahmad Idham tadi, dulu mana-mana penggiat seni yang ada pengiktirafan akademik sebagai satu bonus, tapi kini ia adalah satu kemestian.
"Malah saya juga tidak melihat faktor umur sebagai satu halangan un tuk kembali belajar. Selagi ada kemahuan dan peluang, kita perlu ambil peluang itu," jelasnya.
Biarpun sibuk dengan penggambaran dan urusan perniagaan serta anak-anak, Eizlan berkata, pengurusan masa yang baik adalah kuncinya untuk berjaya.
"Walaupun anak-anak masih kecil, tapi saya mahu beri contoh yang baik untuk mereka," katanya.
Sumber: SH
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment