Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Gara-gara mempunyai sama nama, pelakon Nazim Othman yang keliru disebabkan namanya digunakan dalam poster sebuah teater berjudul 'Seyogia' akhirnya sedia maklum bahawa dirinya bukanlah Nazim Othman sebagaimana yang diwar-warkan membintangi teater tersebut.
Melalui laman sosialnya, Nazim menjelaskan yang dia tidak terlibat dalam teater itu kerana bukan dia sahaja yang bernama Nazim. Oleh yang demikian, dia mengucapkan 'all the best' buat semua.
Untuk rekod, baru-baru ini heboh di laman sosial mengenai kekeliruan nama tersebut hingga menimbulkan perbalahan dan rasa kurang senang dikalangan peminat Nazim.
Sementara itu, empunya nama yang serupa dengan Nazim menjelaskan dalam emailnya kepada myartis yang d ia meminta maaf di atas kekeliruan tersebut. Jelasnya lagi nama tersebut digunakan bukan untuk menumpang populariti sesiapa tetapi disebabkan dia juga bernama Nazim Othman.
Wajah sebenar Nazim Othman yang berlakon teater 'Seyogia'
"Saya ingin membuat permintaan maaf secara terbuka kepada pelakon Nazim Othman di atas kekeliruan yang berlaku. Tiada niat nak tumpang populariti sesiapa.
"Disebabkan kekeliruan ini, saya mungkin akan menukar nama pena saya di masa depan," ujarnya.
Nama di poster yang menimbulkan kekeliruanKlik untuk gambar besar
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment