Recent Post

Thursday, October 15, 2015

Puteri Nabilah nak periksa, tak jadi ikut keluarga


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Puteri Nabilah Azaman, 19, tidak mengikut keluarganya yang terkorban dalam nahas tengah semalam kerana dia bakal menduduki peperiksaan kolejnya.

"Ketika bersarapan pagi di rumah, ayah beria-ria mengajak saya untuk turut serta ke Kuantan, tapi saya terpaksa menolak pelawaannya," katanya sambil berkata dia kena ambil kertas akhir hari ini untuk subjek Matematik.

"Tidak lama selepas itu, saya diberitahu mereka (keluarganya) terlibat dengan kemalangan," kata pelajar Koleh Vokasional Wakaf Tembusu ini.

Bapanya Azaman Ramli, 49, dan ibu tirinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, serta empat adik beradiknya terkorban dalam kemalangan di Kilometer 258, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berdekatan Hentian Rawat dan Rehat Perasing di Jabor tengahari semalam.

Kereta Toyota Camry yang dipandu bapanya dilapor terbabas dan merempuh belakang sebuah treler.

Anak sulung ini berkata bapanya yang bekerja sebagai Pengurus Pusat Jualan Perodua di Padang Midin di sini mahu ke Kuantan untuk menemui seorang rakan lamanya bagi membincangkan mengenai pertukaran lokasi kerjanya ke Kota Bharu pada 1 November ini.

"Saya sangat sedih dengan pemergian mereka dalam sekelip mata dan hasrat ayah untuk berjumpa rakannya juga tidak kesampaian. Dua minggu lepas saya baru sahaja kematian ibu kandung saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim dilaporkan berkata kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan selepas tersepit di dalam kenderaan itu.

Katanya kejadian 12.30 tengah hari itu berlaku semasa hujan lebat dan keadaan jalan agak licin.

Ketika kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan sebelum kenderaan jenis Toyota Camry itu dipercayai hilang kawalan, katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

"Keadaan itu menyebabkan kenderaan tersebut berpusing sebelum bahagianbelakang kereta itu terperosok di bawah lori treler berkenaan yang berhenti dilorong kecemasan," katanya.

Semasa kejadian, pemandu lori treler yang berusia 35 tahun itu dipercayai sedang tidur di dalam kenderaan itu dan tidak menyedari tentang kemalangan sehingga diberitahu oleh pengguna jalan raya yang lain.

Bagaimanapun, Mohd Said berkata pemandu lori yang berasal dari Kelantan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelasnya kesemua mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *