Recent Post

Friday, October 16, 2015

'Lihat, Inilah Wajah Semula Jadi Saya'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

CHINA - Gambar seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menjadi bualan hangat di media sosial.  Remaja terbabit memuat naik gambarnya di laman Weibo menjadi viral selepas dia dengan bongkaknya berbangga dengan raut wajahnya yang didakwa merupakan wajah semulajadi.  Namun, gambar zaman kanak-kanak remaja terbabit didedahkan tidak sama seperti yang didakwanya. Liu Zichen, 18, yang mengaku dirinya seorang model dari Beijing, berkulit halus seperti porselin dan matanya yang besar seperti boneka serta dagu tajam itu menjadi dia kelihatan seperti ular.  Liu menegaskan bahawa wajahnya itu adalah semulajadi, selain dari mendakwa dirinya berdarah campuran Asia dengan Amerika.  Malangnya, netizen tidak dapat menerima dakwaan yang tidak masuk akal itu dan menganggap Liu sebenarnya menipu dan telah membuat pembedahan plastik. Seorang individu yang tidak dikenali identitinya juga berjaya mendapatkan gambar zaman kanak-kanak Liu yang membuktikan bahawa Liu telah membuat pembedahan plastik.  Liu bagaimanapun menyangkal dakwaan mereka dengan menegaskan bahawa gambar pasport sahaja yang kelihat berbeza kerana gambar itu merupakan gambar yang dirakam lima tahun yang lalu.  Dia juga mengaku bahawa hidungnya telah diubah melalui pembedahan tetapi mendakwa bentuk rahangnya berubah kerana kerap menggunakan topeng muka khas. Namun jenama topeng muka itu tidak pula didedahkan. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *