Recent Post

Saturday, October 17, 2015

'Perempuan Murahan Bolehlah, Tak Kisah Siapa Pun Boleh Tengok'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

"Abi, Ummi fail exam." Susah betul nak keluarkan ayat ni. Macam nk muntahkan batu.  "Oh yeke. Takpela. So bila next study group?"  "Errr.. Nanti-nanti dululah boleh? Nak rehat."  Haha. Mak aih. Semangat waja, spontan kecewa tadi hilang. Begitulah magik sang suami. Ditahan-tahankan air yang dah bertakung di kelopak mata. Buka handphone tengok muka anak, eh tertumpah jugak empangan air mata ni. Terkenang pengorbanan dan pahit maung yang perlu diulang untuk menduduki semula ujian. Penat. Tapi anak-anak lagi penat.  Banyak berkorban, tetapi anak-anak dan suamilah yang paling terkorban. Terpaksa meminjamkan isteri dan ibu mereka kepada masyarakat. Demi menenuhi keperluan fardhu kifayah yang satu. Bukan setahun tapi 4 tahun bhai.  Yang pilih jalan professional exam pun tak mudah. Satu paper paling kurang RM3,000 - RM5,000. Tergantung nilai mata wang dunia. Gagal. Ulang lagi dengan jumlah wang sama. Nan hado?  Saya bukan ambil pakar perbidanan. Pakar Perubatan Dalaman je. Tapi, merasa tersentuh ujung pankreas ni bila dengar ada yang berkata: "Mana pergi semua doktor perempuan? Kenapa doktor lelaki yang diletak dekat labour room?"  Komen paling win "Perempuan murahan bolehlah. Tak kisah siapa-siapa pun boleh tengok. Hihi!"  Mana pergi semua doktor perempuan?  Ini ha, dekat sini sedang menabur bakti. Mendaki menara gading yang tinggi sampai keluarga sendiri pun ditelantarkan. Bercerai berai pun ada bhai. Anak autisme tapi tak perasan senah. Mendiagnosa diri sendiri dengan kanser pun ada jemah. Kenapa bersusah payah sangat? Entahlah, mungkin yang suka pukul canang isu doktor perempuan ini boleh jawab. Ramai kawan-kawan dah mengutarakan di Facebook bagaimana caranya untuk menangani kekurangan doktor perempuan. Antaranya, mempersiapkan anak-anak perempuan anda untuk menjadi doktor. Kalau ada suri rumah yang bermurah hati untuk tolong jagakan anak-anak kami sebagaimana menjaga anak mereka sendiri, pucuk dicita ulam mendatang. Kecil tapak tangan, piring parabola kami tadahkan. Bebanan ini bukan di pundak kami sahaja tetapi anda juga yang banyak bagi komen-komen bernas seperti itu. Simbiosis. Saling melengkapi. Mudah sahaja. Andai manusia boleh faham dan ambil ibrah dari konsep kitaran kehidupan haiwan yang tak ada akal, kan bagus.  Ibu-ibu hamil, banyakkan berdoa. Jangan gusar. Semoga Allah mudahkan urusan. Sentiasa berdoa agar ada rezeki doktor perempuan yang akan mengurus persalinan. Keadaan sekarang memang tidak memungkinkan untuk doktor perempuan berada 24 jam di labour room. Tapi penambahbaikan sedang dilakukan ke arah itu. Semoga zaman anak-anak kita nanti akan lebih mudah dan indah.  InshaAllah kalau saya ada anak perempuan nanti memang saya akan galakkan beliau menjadi doktor. Tapi yang jadi menantu saya nanti kena tapis saringan 7 lapisan bumi. Sebab dia kena tahan banting macam Abi dia yang sanggup beristerikan perempuan tak macam orang lain. Lain kali sebelum memulakan bicara, mohon sedikit ehsan bagi kami yang tengah berhempas pulas memenuhi fardhu kifayah demi kemaslahatan masyarakat. Dan tak payah debat pasal hukum kalau aurat mak ayah pun stuff nurse yang jaga.  "Hah, jangan cakap mak tak payung," Selamat maju jaya kepada semua masters student.  Ikhlas kan hati, saham akhirat disana. Hurrah.  Regards, Ke arah menjadi dukturrah muslimah.  Nur Jalila Mohd Ariffin




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *