Recent Post

Monday, November 16, 2015

Ahmad Maslan BOHONG, ABIM tidak dijemput hadir program TPPA – Presiden


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

CELAH GELEGAR Ahmad Maslan BOHONG, ABIM tidak dijemput hadir program TPPA – Presiden KUALA LUMPUR, 15 November: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) kesal dan mengecam kenyataan bohong Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan bahawa pertubuhan itu bersetuju hadir dan mendiamkan diri walaupun dipanggil berkali-kali dalam ruang soal jawab di forum isu Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) anjuran Umno pada 14 November lalu.  Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata ABIM tidak pernah dijemput oleh penganjur, apatah lagi mengesahkan kehadiran. "Kenyataan tersebut jelas amat tidak bertanggungjawab dan tindakannya telah memberikan persepsi yang ternyata palsu kepada masyarakat bahawa ABIM adalah sebuah badan yang tidak bermaruah," katanya dalam kenyataan hari ini. Pada 4 November yang lalu, tiga NGO iaitu ABIM, UNGGAS dan TERAS memfailkan satu permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Perdana Menteri, MITI dan Kerajaan Malaysia berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Permohonan itu kini ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 November ini. Jelas Mohamad Raimi, ABIM tetap konsisten meneruskan tindakan tersebut di Mahkamah selagi mana kerajaan masih berhasrat meneruskan niat utk menandatangi perjanjian TPPA. "Justeru mana-mana isu berkaitan yang ingin dibangkitkan sudahpun berada di dalam proses perbicaraan di Mahkamah, dan adalah tertakluk kepada prinsip 'sub-judice'. "Dalam erti kata lain, mana-mana pihak yang terlibat di dalam sebarang pertikaian di mahkamah perlu mengelak dari membuat perkara-perkara yang boleh menggugat proses perbicaraan tersebut. "Oleh itu, ABIM mengesyorkan kepada Ahmad Maslan, untuk tidak membuat komen yang tidak tepat dan rumusan yang berbentuk sindiran negatif, tanpa nengambil nasihat perundangan yang lengkap," jelasnya. Menurutnya lagi, tindakan kerajaan mendedahkan isi kandungan perjanjian TPPA hanya 24 jam selepas tindakan mahkamah diambil pada 4 November lalu merupakan kemenangan awal bagi rakyat yang telah lama menanti di mana sebelum ini kerap ditangguhkan dari satu tarikh ke satu tarikh lain. Katanya, pendedahan itu juga adalah kemenangan moral bagi pihak ABIM dan rakyat Malaysia untuk meneruskan kes ini di mahkamah sehinggalah kerajaan membuat pertimbangan untuk tidak menandatangani perjanjian TPPA, yang mana boleh memberikan kesan kepada kedaulatan Islam serta menggugat kedaulatan negara. "Justeru, ABIM menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama secara konsisten dalam usaha memberi kesedaran kepada rakyat dalam isu ini seterusnya bertindak bersama-sama untuk membantah TPPA yang memberikan kesan kepada kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan serta menggugat kedudukan Malaysia sebagai negara yang berdaulat. - TheRakyatPost



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *