Recent Post

Monday, November 16, 2015

Peniaga Ditetak Kerana Parking


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

GEORGETOWN - Hanya kerana meletakkan kereta dan menghalang laluan kenderaan lain, seorang peniaga bertarung nyawa apabila menjadi mangsa tetakk dan belasah sekumpulan 10 lelaki dalam kejadian di Astaka Desa Mawar, Kampung Melayu, Air Itam, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, lelaki berusia 40 tahun itu tidak sedarkan diri dan kehilangan banyak darah selepas cedera di kepala, leher serta seluruh badan akibat ditetak dengan parang. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faradalathrash Wahid berkata, polis menerima maklumat daripada orang awamjam 7 pagi mengatakan terlihat seorang lelaki terbaring di tepi jalan.  Menurutnya, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan hasil siasatan mendapati mangsa sebelum itu bersama dengan rakannya bertengkar dengan sekumpulan lelaki. "Kumpulan terbabit tidak berpuas hati kerana mangsa meletak keretanya dan menghalang laluan masuk ke kawasan astaka berkenaan. "Berlaku pertengkaran antara mangsa dan mereka sebelum kejadian menjadi kecoh apabila beberapa rakan suspek turut tiba dan cuba masuk campur," katanya.  Kumpulan lelaki berkenaan yang bersenjatakan parang, topi keledar dan kayu terus membelasah mangsa sehingga lembik. Manakala rakan mangsa hanya cedera ringan. "Hasil keterangan daripada rakannya, dia mendakwa suspek tidak berpuas hati kerana mangsa meletakkan kereta dan menghalang laluan mereka yang ketika itu mahu masuk ke astaka terbabit. "Setakat ini kita mengesan semua suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.  Mangsa kini masih belum sedarkan diri dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). - HARIAN METRO




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *