Recent Post

Monday, November 16, 2015

(Video) Penguin Kantoi Cuba Loloskan Diri dari Zoo


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Denmark - Cubaan beberapa ekor penguin cuba melarikan diri dari zoo akhirnya terkantoi apabila salah seorang penjaga zoo merakam aksi mereka cuba meloloskan diri ke pintu keluar.

Penjaga zoo berkenaan pada mulanya merakam kesan tapak kaki aneh yang terkesan hasil dari salji nipis di atas lantai.

Tiba di satu selekoh, penjaga zoo berkenaan akhirnya berjaya mengkantoikan burung-burung itu yang terkedek-kedek dalam usaha melarikan diri. Tapi apa yang lebih mencuit hati adalah mereka berlari dengan lebih pantas apabila mengetahui mereka sudah dikesan.

Malang bagi burung-burung itu apabila mereka akhirnya menemui jalan mati. Dan kedengaran juga bunyi dari salah seekor dari mereka yang mungkin kecewa dengan cubaan melarikan diri ini.

Rakaman itu kemudian dimuat naik oleh penjaga zoo tersebut dengan kapsyen "Mungkin penguins kami menonton terlalu banyak Penguins of Madagascar".




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *