Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Kewujudan negara Israel didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai permulaan kepada keganasan di seluruh dunia dan ia tidak dapat dihentikan selagi tiada wujud formula untuk Palestin.
Menuru bekas perdana menteri itu, sebelum negara Israel terbentuk tiada serangan pengganas dilaporkan walaupun di Timur Tengah.
"Satu-satunya serangan pengganas sebelum wujud negara Israel dilakukan oleh Haganah dan Irgun yang memang pertubuhan pengganas," katanya.
Haganah adalah pertubuhan separa tentera yang beroperasi antara 1921 hingga 1948 sebelum kemudiannya membentuk Pasukan Pertahanan Israel ketika ini, manakala Irgun - bermaksud Pertubuhan Tentera Kebangsaan di Tanah Israel - bergerak di tanah Palestin antara 1931 hingga 1948.
Ia adalah pecahan kepada Haganah.
Dr Mahathir sebelum itu mengulas serangan pengganas di Paris, Perancis yang mengorbankan sekurang-kurangnya 120 orang hari ini.
Kata Dr Mahathir apabila ada pihak merampas tanah sesebuah negara, penduduknya akan bangkit untuk mempertahankan hak mereka.
"Dan mereka melawan dalam perang yang mereka mampu.
"Mereka tidak memiliki kapal terbang, kapal laut, kereta kebal atau sebagainya. Maka mereka melawan dalam cara yang termampu dan ia kemudian membentuk apa yang kita panggil sel pengganas," katanya.
Namun, kata Dr Mahathir, perlu diingat bahawa apabila ada pihak "menggugurkan bom" ke atas orang awam, ia juga dianggap keganasan.
"Jika mereka mahu menyelesaikan masalah ini, mereka mesti menerima formula yang membolehkan rakyat Palestin mendapat tanah mereka semula dan kembali ke negara asal.
"Hanya selepas itu keamanan boleh dicapai," katanya.
No comments:
Post a Comment