Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
"Saya minta maaf atas kejadian tersebut. Saya letakkan kesalahan tersebut kepada diri saya sendiri. Saya tidak sensitif isu ini dan saya juga tidak menyalahkan sesiapa kerana ianya adalah hasil buah fikiran saya. Saya mahu muncul dengan sesuatu yang menyerupai 'hood' kerana ia senang untuk digayakan.
"Ketika majlis pelancaran tersebut, apabila tudung itu dipakai, hood itu jatuh ke belakang dan menampakkan leher dan rambut. Jadi saya memakai 'inner' untuk menutup bahagian leher dan rambut. Itu telah menampakkan ianya mirip rahib," kata Nora kepada Portal Murai.
Menyedari kesalahan yang dilakukan selepas ditegur oleh pengikutnya di laman sosial, Nora melakukan carian di laman Internet dan menyedari persamaan yang ada pada fesyen tudungnya.
"Selepas ini saya akan lebih berhati-hati agar insiden yang sama tidak akan berulang lagi. Saya rasa sedikit terkilan dengan apa yang berlaku tetapi bila difikirkan semula, bukan saya sahaja yang pernah terkena.Ada juga selebriti yang pernah terpalit dengan kes sebegini. Biar saya jadikan pengajaran untuk masa hadapan," kata Nora yang ditemui di majlis pelancaran program Ceria All Stars baru-baru ini.
Menggalas tugas sebagai juri tetap Ceria All Stars dengan pelawak Nabil Ahmad, Nora mengakui yang tanggungjawab yang diterimanya sedikit sukar untuk dilaksanakan.
"Kali ini, tugas saya sedikit sukar kerana saya harus mengadili kanak-kanak yang mempunyai bakat besar. Masing-masing ada kelebihan tersendiri, jadi saya menghadapi kesukaran untuk memberikan markah kerana semuanya bagus-bagus belaka," katanya.
Ceria All Stars akan bersiaran bermula 27 November ini, pada setiap Jumaat, pukul 9.00 malam di Astro Ceria dan Astro Maya HD (Saluran 611 dan 135).
Artikel o leh: Kamaruddin Razal.
Artikel ini disiarkan pada Ahad, 15 November 2015.
No comments:
Post a Comment