Recent Post

Sunday, November 08, 2015

ISU TUDUNG MENYERUPAI RAHIB - NORA DANISH ENGGAN ULAS


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Nora Danish yang baru sahaja melancarkan koleksi pakaian Muslimah dengan jenama sendiri iaitu Owl By ND telah dikecam oleh haters dengan teruk sekali malah rekaan tudungya yang menyerupai rahib gereja juga turut dipersoalkan.

Nora ketika dihubungi berkatayang dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan mengambil keputusan untuk tidak mahu memberikan komen mengenai rekaannya yang dipersoalkan itu.

Dalam pada itu, Nora ditanya apakah dia akan berhijrah dan mengenakan hijab selepas ini, dia menyuarakan hasratnya selain menjelaskan dia memulakan perniagaan busana muslimah itu dengan niat untuk memberi inspirasi kepada Muslimah lain.

"Insya-ALLAH (akan berhijab). Saya berharap agar dapat member i inspirasi kepada ramai orang berpakaian Muslimah dan saya juga mahu berubah. Doakan saya," ujar Nora dipetik sebagai berkata.

Pada malam pelancaran tersebut, Nora ketika ditemubual berkata yang dia berhasrat untuk berhenti berlakon dan memberi fokus kepada perniagaan.

Katanya, dua perniagaan yang disukainya adalah restoran kerana keluarganya mempunyai restoran dan satu lagi adalah perniagaan pakaian.

"Saya akan tamat kontrak bersama MIG (Metrowealth) tidak lama lagi dan tidak terfikir untuk menyambung kontrak," katanya. Bagaimanapun ini tidak bermakna saya meletakkan noktah dalam karier lakonan.

"Sekiranya ada tawaran yang bersesuaian dengan masa dan skrip yang menarik, saya sedia untuk mempertimbangkannya.

"Apat ah lagi, tiga lagi filem saya menanti giliran untuk ditayangkan di pawagam," jelasnya.

Sumber: SH

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *