Recent Post

Sunday, November 08, 2015

Siti, Hetty & Ramli Cipta Magis Dalam Konsert Satu Suara Volume 2


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Bagai satu magis! Itulah rumusan yang keluar daripada mulut kebanyakan hadirin usai menonton persembahan Konsert Satu Suara Volume 2 Dato' Siti Nurhaliza.

Konsert tersebut melakar satu sejarah baru dalam catatan kerjaya Siti sebagai seorang penyanyi tersohor negara.

Dengan kehadiran Datuk Ramli Sarip dan Hetty Koes Endang sebagai penyanyi undangan, konsert ini menyaksikan satu gandingan luar biasa yang belum pernah disaksikan di mana-mana pentas sebelum ini.

Gabungan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia benar-benar memberi impak apabila setiap dari nyanyian mereka, sama ada solo, duet mahupun bertiga meninggalkan bekas di hati penonton yang hadir.

Membuka tirai konsert dengan menyampaikan lagu Sendiri dari album Adiwarna, Siti seakan membawa barisan peminatnya yang berada di panggung untuk kembali ke tahun 1998 dengan alunan vokal memukau serta penghayatan sepenuh jiwa.

Menariknya, Siti turut memilih untuk mengalunkan lagu Bicara Manis Menghir is Kalbu yang jarang sekali dinyanyikan dalam konsert sebagai memenuhi permintaan peminatnya yang ingin mendengar lagu ciptaan Aiman itu dipersembahkan secara langsung.

Hetty Koes Endang berterusan mengekalkan momentum hebat konsert tersebut dengan lagu malar segarnya, Kasih dalam versi bossanova.

Fusion irama keroncong disuntik ke dalam lagu Bukan Cinta Biasa dan lenggok Melayu asli Hetty dan Siti sewaktu bergabung mendendangkan lagu ini memukau seisi panggung.

Pastikan, lagu berhantu dari album Transkripsi juga berjaya dilunaskan dengan baik oleh dua penyanyi wanita ini.

Seterusnya, persembahan Siti dan Ramli juga turut meninggalkan impak besar kepada semua penonton yang hadir.

Rendisi tersendiri Siti terhadap lagu Kamelia membuatkan penonton kaget seketika apabila vokal merdu anak jati Pahang itu memecah hening Panggung Sari, Istana Budaya.

Ramli yang terkenal dengan gelaran Papa Rock juga tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan lagu Siti, Dialah Di Hati dengan cara tersendiri.

Pertembungan irama rock and roll menerusi lagu It Takes Two dan Teratai duet antara Siti dan Ramli memperlihatkan lagi versatiliti Siti sebagai penghibur serba boleh.

Konsert diakhiri dengan segmen bersama ketiga-tiga lagenda tersebut. Lagu ciptaan Yassin, Lagu Rindu disampaikan mereka bersama dengan cara tersendiri. Konsert tersebut ditutup dengan persembahan lagu Temasya Desa Gemalai.

Kemerduan suara Siti, kelincahan tenaga Hetty dan kemampuan persembahan Ramli meletakkan konsert ini di tahap tersendiri. Raut wajah kegembiraan terpancar pada setiap penonton yang hadir.

Konsert Satu Suara Volume 2 Dato' Siti Nurhaliza berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya pada 7 dan 8 November 2015.

Terdahulu, Siti pernah tampil dengan Konsert Satu Suara Volume 1 sekitar Februari 2010. Konsert tersebut menampilkan Faizal Tahir dan Aizat Amdan sebagai penyanyi undangan.

Kredit gambar: Instagram @haizalzainal.

Artik el oleh: Kamaruddin Razal.

Artikel ini disiarkan pada Ahad, 8 November 2015.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *