Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Terdahulu, seorang saksi yang juga pelajar pondok berkenaan tampil mempertahankan guru agama yang memukul seorang pelajar perempuan dengan wayar.
BACA: PUNCA SEBENAR USTAZAH PUKUL PELAJAR DENGAN WAYAR Pelajar yang bernama Rose itu mendakwa pelajar perempuan itu menulis perkataan anu di meja pelajar yang lain menyebabkan guru agama berkenaan terpaksa mengambil tindakan terhadapnya setelah ditegur beberapa kali namun enggan menerima teguran itu dengan baik dan bertindak semakin biadab. Bagaimanapun, tampil pula seorang individu, Nabila, menceritakan dari sebelah pihak pelajar perempuan itu yang juga menafikan dakwaan saksi berkenaan. Menurut Nabila, cerita itu disampaikan sendiri oleh anak buahnya yang juga belajar di pondok berkenaan. "Pada mulanya, budak itu dihukum suruh berselawat sebanyak 100 kali, selesai. Kemudian disuruh keluar pula dari kelas. Ustazah tercari-cari objek yang hendak digunakan untuk menibainya. Sekali dia ternampak wayar, wayar yang berwarna hitam merah dan kuning itu. Tetapi ustazah guna yang hitam saja. Dia tarik dan tegangkan wayar itu dan libas budak itu empat kali. "Budak itu merayu-rayu untuk dilibas di tangan kiri sebab diorang dalam minggu exam. Tetapi ustazah itu enggan peduli. "Wayar itu mudah lentur dan apabila dipukul pada tapak tangan, wayar itu melilit sampai ke belakang tapak tangan mengakibatkan tangan budak itu bengkak. Sampai nak makan tengah hari pun, rakannya (anak buah saya) terpaksa tolong suapkan. Dia makan sambil menangis. "Kejadian itu berlaku pada waktu pagi dalam jam 10 pagi. Ibu dia sampai ke pondok dalam jam 3.30 petang. Entah siapa yang memaklumkan pada ibunya sedangkan semua pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit dan di kawasan itu juga tidak mempunyai pondok telefon. "Ibu dia datang dan kejutkan dia bangun. Budak itu sendiri pun terkejut, macam dalam mimpi melihat ibunya datang dan terus ajak balik. Si ibu terus mengemas barang-barang anaknya dan mengambil gambar-gambar tempat kejadian dan gambar tangan anaknya yang masih bengkak sejak jam 10 pagi. Pada masa yang sama juga, anak dia demam," katanya yang turut mendedahkan ibu pelajar terbabit juga pernah membantu pihak pondok sepanjang ramadhan dan Aidiladha yang lalu. "Ibu dia juga pernah beri sumbangan untuk kenduri kahwin anak lelaki ustazah yang pukul anak dia. Ibu dia bukan calang-calang orang, bekas Pengurus Sumber Manusia sebuah kilang Jepun berpuluh-puluh tahun. Sebab itu mereka diam dan tidak viralkan gambar-gambar yang dirakam kerana tidak mahu menganggu siasatan polis. "Sebelum ini, budak itu pernah dipukul dengan rotan dan buluh di tapak kaki. Tiada masalah tetapi kali ini dengan wayar menyebabkan ibunya tidak dapat menerima. Budak itu mengaku salah di atas perbuatannya, tetapi mengapa perlu dilibas dengan wayar sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di tangan dan trauma? Budak itu bukannya pernah melawan guru pun. Dia lawan dengan pelajar senior yang koyakkan baju dia adalah. Tambahnya lagi, mangsa yang juga anak kepada pesara tentera itu bukan dari latar belakang sekolah pondok atau agama. Mangsa berminat masuk ke sekolah agama sejak dari dulu lagi. Namun ibu bapanya tidak mengizinkan, berkemungkinan ibu bapanya pada masa itu belum terbuka hati untuk menghantar anak mereka ke sekolah pondok. Apabila berada di tingkatan 4, remaja terbabit sekali lagi memohon untuk belajar di sekolah pondok dan ibubapanya bersetuju untuk menghantarnya. Menjelaskan tindakan ibu bapa remaja terbabit membuat laporan polis, bukanlah bertujuan untuk membalas dendam. "Mereka tiada dendam, cuma berdoa agar perkara yang sama tidak berlaku pada pelajar lain yang dahagakan ilmu agama," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM
No comments:
Post a Comment