Recent Post

Thursday, November 12, 2015

Jakim tak seharusnya dipolitikkan, kata SHURA


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Jabatan Kemajuan Islam Malaysa (Jakim) tidak seharusnya dipolitikkan dan sebaliknya ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memberi kefahaman mengenai Islam, kata Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Abdul Ghani Shamsuddin.

Jakim perlu dikekalkan namun penambahbaikkan hendaklah dibuat bagi melihat arah tuju sebenar jabatan itu, kata Abdul Ghan ketika dihubungi Malaysiakini.

Abdul Ghani berpandangan bahawa Jakim perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, diurus dengan betul dan tidak dipolitikkan untuk kelangsungan kuasa.

"Jakim dimanfaat dengan memberi kesedaran (mengenai) Islam kepada seluruh rakyat tentang Islam. (Kalau tidak) sudah pasti dari dulu orang faham Islam," katanya.

Sebelum ini, anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfiq Tun Ismail dilaporkan berkata, Jakim perlukan dimansuhkan kerana mendakwa ia dilihat seolah-olah mencampuri kehidupan peribadi rakyat negara ini.

Tawfik dilaporkan berkata, pada zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, hanya jabatan agama kecil wujud di Jabatan Perdana Menteri dan tidak ada menteri hal ehwal agama.

Mengulas perkara itu, Abdul Ghani berkata kerajaan harus mencampuri urusan peribadi rakyat negara ini terutamanya berkaitan tentang kefahaman agama Islam mengenai kesan terhadap sesuatu perkara.

"Konsep negara tidak boleh masuk campur, sebenarnya agak relatif sebab semakin lama rakyat perlu difahamkan tentang agama dia.

"Oleh itu untuk menyatakan kerajaan tidak masuk campur, itu tidak mungkin, sebab dalam soal arak dan rokok elektronik, mesti ada campur tangan (tentang) apakah kesannya dan adakah ia memudaratkan," kata Abdul Ghani yang juga timbalan penasihat Parti Amanah Negara (AMANAH).

Beliau yang juga bekas pensyarah Tamadun Islam Universiti Malaya (UM) turut berkata, Tawfik tidak boleh kembali kepada masa sebelum merdeka kerana kehidupan masyarakat terus berkembang.

"Nak kembali kebelakang sebelum Merdeka tidak mungkin, sebab kehidupan sentiasa berkembang, berkembangnya kehidupan ini tak dapat kita halang," katanya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *