Recent Post

Thursday, November 19, 2015

Zairil: Pulau Pinang tak laksana hudud namun menjadi k'jaan yang baik


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Meskipun kerajaan DAP Pulau Pinang tidak melaksanakan hudud di negeri itu, namun mereka berjaya menjadi sebuah kerajaan yang baik, kata Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari.

Beliau berkata, kerajaan negeri itu berjaya mengamalkan sistem tender terbuka dan bebas daripada kegiatan rasuah.

"Pulau Pinang tidak melaksanakan hudud tetapi rangka kerja undang-undang Islam itu ada, tetapi mereka lebih memberi fokus kepada nilai-nilai.

"(Malah mereka) di Pulau Pinang mengamalkan tender terbuka dan membuat pendedahan aset kerajaan negeri dan menghalang kegiatan rasuah.

"Saya rasa kita lakukan perkara ini dengan baik dan ini juga saya rasa Pakatan Harapan cuba tawarkan kepada rakyat," katanya.

Zairil yang juga ahli Parlimen Bukit Bendera menegaskan demikian dalam Forum Maqasid Syariah di ibunegara malam tadi.

Tambahnya, DAP tidak menolak hudud dari segi agama namun menentang pelaksanaan undang-undang Islam itu yang dibawa PAS kerana bagi mereka, enakmen yang dibawa parti Islam itu bermasalah.

"DAP nampak hudud sebagai isu politik, malah dari segi agama DAP tidak mempertikai hukum hudud, tetapi kita pertikai ialah cara PAS nak melaksanakan hudud, enakmen sendiri bermasalah," katanya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *